Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program vaksinasi ke atas pelajar sekolah mula lancar

Jun 04, 2021 | 05:30 AM



PROGRAM vaksinasi Covid-19 bagi lebih 400,000 pelajar berusia 12 tahun dan ke atas bermula lancar semalam, dengan keutamaan diberikan kepada kohort yang akan menduduki peperiksaan GCE peringkat 'N', 'O' dan 'A' tahun ini.



Memberikan perkembangan terkini mengenai program itu, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata lebih 9,000 pelajar telah menempah janji temu untuk mendapatkan dos vaksin pertama semalam.



"Saya berbesar hati dengan respons positif dan kadar pendaftaran tinggi setakat ini. Sedang kita menentang cabaran pandemik yang kerap berubah ini, pemvaksinan kekal cara terbaik untuk melindungi pelajar dan anak-anak kita," ujar Encik Chan, yang melawat pusat vaksinasi di Kelab Masyarakat Bukit Timah semalam.



Antara pelajar yang mendapat suntikan vaksin pada hari pertama semalam ialah Salwa Taib Ali, pelajar menengah empat Sekolah Menengah Ngee Ann. Beliau telah pergi ke pusat vaksinasi di Kelab Masyarakat Pasir Ris Elias



Berkongsi pengalamannya, Salwa, 16 tahun, berkata: "Tak sakit. Saya rasa gigitan nyamuk lagi sakit!"



Pelajar itu yang bakal menduduki peperiksaan GCE 'O' tahun ini menambah: "Dengan mengambil vaksin, kita dapat mencegah penularan jangkitan dalam masyarakat," ujarnya.



Pengetua Sekolah Menengah Queenstown, Cik Rasidah Rahim, berkata di kalangan pelajar tahun terakhir di sekolah itu, jumlah yang mendaftar dan mendapatkan vaksin adalah lebih ramai daripada dijangka.



"Sebahagian besar pelajar kami telah pun mendaftarkan diri mereka bagi program vaksinasi ini," kata Cik Rasidah kepada Berita Harian.



Sekolah itu mempunyai sekitar 320 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan GCE 'N' dan 'O' tahun ini.



Cik Rasidah turut menggesa pelajar dan ibu bapa untuk mengambil vaksin apabila tiba peluang demi membentuk sekitaran sekolah yang selamat bagi semua.



"Pastinya apabila sekolah dibuka, program vaksinasi ini dapat mempertingkatkan lagi keyakinan para ibu bapa dan juga pelajar itu sendiri bahawa mereka berada dalam sekitaran yang selamat dan mereka dapat melalui pembelajaran mereka dengan baik," tambah beliau.



Buat masa ini, hanya pelajar yang berusia 12 tahun dan ke atas pada 1 Jun boleh divaksinasi.



Mereka yang berusia antara 12 dengan 17 tahun hanya boleh mengambil vaksin Pfizer-BioNTech, sementara mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas boleh memilih mengambil suntikan vaksin Pfizer atau Moderna.



Isnin lalu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan permulaan program vaksinasi bagi pelajar dan strategi pemerintah untuk melaksanakannya semasa musim cuti sekolah Jun.



Usaha nasional itu antara lain bertujuan memastikan institusi pendidikan dan masyarakat selamat.



Dalam pada itu, lebih separuh daripada 52,000 ibu bapa atau pelajar yang menerima undangan mendaftar bagi vaksinasi melalui SMS telah melakukan sedemikian sehingga Selasa lalu.



Seterusnya bulan ini, undangan vaksinasi akan dilanjutkan kepada pelajar sepenuh masa lain, termasuk mereka di madrasah dan sekolah berpendidikan khas (Sped).



Usaha vaksinasi pelajar di sini, termasuk pelajar sepenuh masa dalam pendidikan lanjutan dan program latihan, dijangka selesai pada Ogos.



Buat masa ini, mereka boleh mendapatkan vaksinasi di kelab masyarakat.



Mulai Isnin ini, mereka juga boleh berbuat demikian di empat pusat vaksinasi khas bagi Kementerian Pendidikan (MOE).



Tiga pusat itu terletak di kampus kolej Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di Ang Mo Kio, Choa Chu Kang dan Simei, sementara satu lagi terletak di Pusat Konvensyen Raffles City.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >