Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program vaksinasi S'pura: Lebih 113,000 individu terima suntikan pertama vaksin Covid-19

Jan 28, 2021 | 10:31 PM



PROGRAM vaksinasi Covid-19 berjalan dengan baik dan menampakkan kemajuan dengan lebih 113,000 individu telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 itu.



Lebih 50 orang pula telah menerima dos kedua vaksin itu dan menamatkan rejim penuh vaksinasi ini.



Demikian jelas Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Khamis malam (28 Januari).



Jumlah ini dijangka meningkat dengan banyak dalam minggu-minggu mendatang apabila operasi vaksinasi dijalankan dengan lebih selamat lagi.



Menurut MOH, vaksinasi dikendalikan bagi warga emas berusia 70 tahun ke atas mulai 27 Januari dengan dua kejiranan, Ang Mo Kio dan Tanjong Pagar, dijadikan lokasi perintis, kerana kedua-duanya merupakan bandar dengan ramai warga senja.



Lebih 250 warga emas diberi suntikan vaksin pada hari pertama.



MOH menambah, jumlah warga emas yang mendaftarkan diri mereka bagi suntikan vaksin sejauh ini menggalakkan.



"Kami menjangkakan lebih ramai warga emas akan tampil mendaftarkan diri mereka sedang surat dikirimkan kepada mereka bagi menempah janji temu bagi sesi vaksinasi. Sehingga 27 Januari, kami telah mengirimkan surat peribadi kepada 10,000 warga emas di Ang Mo Kio dan Tanjong Pagar, dengan lebih sepertiga daripada mereka sudah menempah janji temu dalam masa dua hari setelah menerima surat tersebut.



"Baki warga emas di kawasan-kawasan ini akan menerima surat undangan mereka pada minggu mendatang," jelas MOH.



Surat mengundang warga emas bagi pendaftaran vaksinasi itu akan dikirimkan secara beransur-ansur kepada warga emas di merata Singapura mulai pertengahan Februari ini sedang operasi dipertingkat secara selamat. 



Lebih banyak pusat vaksinasi pula akan dibangunkan dalam masa beberapa minggu mendatang bagi memastikan setiap orang boleh menerima suntikan masing-masing dengan selesa dan mudah.



Pusat vaksinasi ini akan ditempatkan di kawasan dengan kawasan tumpuan penduduk yang ramai dan/atau sepanjang laluan pengangkutan awam agar mudah dikunjungi.



Keseluruhannya, terdapat sekitar 40 pusat vaksinasi dengan setiap pusat itu dirancang bagi mengendalikan anggaran 2,000 vaksinasi setiap hari.



Sebuah pusat vaksinasi baru di Balai Rakyat Tanjong Pagar juga beroperasi mulai 27 Januari dan Balai Rakyat Teck Ghee pula mulai 1 Februari bagi menyokong permulaan program vaksinasi bagi warga emas.



Selain pusat vaksinasi, poliklinik dan Klinik Persediaan Kesihatan Awam (PHPC) terpilih juga berfungsi sebagai tapak vaksinasi.



Terdapat sembilan poliklinik dan 21 PHPC yang dikhususkan bagi vaksinasi warga emas buat masa ini.



Mulai 1 Februari pula, semua 20 poliklinik merata Singapura juga akan mula menawarkan vaksinasi Covid-19.



Ruang di poliklinik dan PHPC menyediakan ruang bagi kerusi roda. Bagi warga emas yang mempunyai masalah berjalan dan rasa mencabar untuk ke lokasi vaksinasi secara peribadi, MOH menyediakan pasukan vaksinasi bergerak yang akan mengendalikan vaksinasi ini di mana individu itu berada.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >