Project Khadijah bantu ibu tunggal perkasakan asas kewangan
Feb 23, 2015 | 05:30 AM
CIK Siti Mardiah Ahmad hilang segala-galanya, baik perniagaan nasi padang, flat empat bilik dan suaminya apabila mengharungi keperitan perceraian sekitar 2007.
Lebih mencerut kebimbangan tatkala itu ialah cabaran membesarkan dua anak gadis dan hutang tailong sebanyak $3,800.