Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek amal bantu golongan susah sempena sambutan 90 tahun Pondok Gelam

Jul 17, 2022 | 05:30 AM



SEBUT saja 'Ponthuk' Gelam, atau Pondok Peranakan Gelam Club (PPGC), ramai orang lama mungkin mengenalinya.



Dahulu ia merupakan 'tempat berteduh' dan pusat kegiatan bagi masyarakat Bawean di sini yang terletak di tengah-tengah kota Singapura di Chinatown.



Didaftarkan pada 7 April 1932 bersama Pendaftar Pertubuhan (ROS), ia kini sudah mencecah usia 90 tahun pada tahun ini.



Beralamat di 64 Club Street dan diiktiraf sebagai tempat bersejarah, Pondok Gelam pernah berperanan membantu bukan sahaja masyarakat keturunan dari Desa Gelam di Pulau Bawean, Indonesia, malah turut dianggotai masyakat Melayu/Islam lain yang bukan dari suku kaum Bawean.



Bahkan Pondok Gelam bekerja rapat dengan masyarakat pelbagai kaum di sini dan turut menyertai beberapa kegiatan akar umbi di peringkat kawasan undi.



Sempena sambutan ulang tahun ke-90 tahun ini, Pondok Gelam sedang menjalankan projek pengumpulan dana menerusi penjualan kemeja-T keluaran khas dengan tertera ikon bangunan pondok tersebut.



Usaha tersebut diharap dapat meningkatkan kesedaran generasi muda tentang sejarah masyarakat Bawaen di sini.



Baru-baru ini, Presiden Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses), Encik Nasri Haron, dan Timbalan Presiden Perses yang juga Penasihat Pondok Gelam, Encik Abdul Sarip Nahrawi, telah mengunjungi bekas tapak Pondok Gelam di Club Street itu untuk menyemarakkan usaha penjualan kemeja-T bagi Dana Prihatin Pondok Gelam.



Dana tersebut bertujuan membantu masyarakat yang memerlukan seperti mereka yang sakit, golongan tidak berupaya dan golongan susah,



Misalnya sempena Hari Raya Aidilfitri lalu, melalui penjualan kurma amal, dana tersebut telah dapat membantu 21 penerima.



Usaha menerusi penjualan kemeja-T kali ini pula diharap dapat mengumpul dana sebanyak $5,000.



Sebanyak 300 kemeja-T amal itu akan dijual dengan harga $28 sehelai.



Mereka yang berminat boleh menghubungi Setiausaha Agung Pondok Gelam, Encik Borhan Saini, melalui e-mail borhan.saini@gmail.com.



"Kami mengharapkan terutamanya masyarakat Bawean dan orang ramai memberikan sokongan kepada projek kami ini," kata Encik Borhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >