Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek baca buku kanak-kanak memerlukan harus dipergiat

Nov 26, 2018 | 05:30 AM



SEMASA Nur Ghaaziyah Mohd Amin di darjah dua, dia tidak dapat bertutur dan membaca bahasa Inggeris dengan lancar.



Tetapi kini pada usia 12 tahun, dia bukan sahaja fasih namun prestasinya di sekolah semakin mantap.



Ini dengan bantuan Program Pembaca Awal anjuran pertubuhan tidak meraih keuntungan, New Life Stories - usaha membantu kanak-kanak yang ibu mereka dalam tahanan atau pemulihan - agar kanak-kanak itu menjadi yakin dan bersedia ke sekolah menerusi program membaca.



Para sukarelawan lazimnya akan ke rumah kanak-kanak yang dipilih untuk membaca dengan mereka.



Ia adalah antara inisiatif pertubuhan itu dalam menyokong pendidikan prasekolah bagi golongan kanak-kanak yang ibu mereka dalam penjara atau tahanan.



Bercakap selepas mengendalikan sesi membaca bersama sekitar 40 kanak-kanak di Our Tampines Hub (OTH) semalam, Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin berkata program itu penting bagi mengelak masalah seperti dadah, merebak ke generasi seterusnya dalam sesebuah keluarga.



"Paling kurang, kita harus lengkapkan mereka dengan kemahiran membaca dan memupuk rasa cinta terhadap buku.



"Membaca buku juga satu cara buat mereka hilang rasa rindu kepada ibu bapa, kerisauan dan rasa keseorangan.



"Ia juga adalah satu jendela bagi mereka melihat dunia luar lebih luas dan ia satu cara mereka atasi masalah," ujarnya.



Menerusi membaca, Encik Amrin berharap kanak-kanak itu dapat melihat bermacam peluang yang ada dan mendorong mereka bersikap positif serta tidak tertumpu kepada kesempitan hidup.



Dalam pada itu, Encik Amrin menggesa agar program seumpama itu dipergiat.



"Usaha seperti ini harus dirancakkan dan sokongan perlu dihulur kepada anak-anak, anggota keluarga seperti nenek, yang menjaga anak sewaktu ibu bapa tiada.



"Ini penting dan perlu diutamakan. Jika kita sama-sama bantu, berat sama dijinjing agar ia lebih ringan.



"Saya juga bangga melihat pertubuhan seperti New Life, masyarakat kita berganding bahu dengan masyarakat lain memberi bantuan kepada mereka tanpa mengira latar belakang," terangnya.



Sementara itu, Nur Ghaaziyah amat menghargai bantuan yang diterima menerusi program itu, hinggakan dia kini mampu mendapat gred B yang tinggi bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.



"Begitu banyak manfaat yang saya raih daripada program ini. Saya masih ingat lagi, semasa saya mula progam ini pada darjah dua, saya tidak boleh bertutur atau baca buku Inggeris.



"Tetapi selepas itu, saya belajar dan berjaya kuasai bahasa ini.



"Kini saya mahu sumbang semula dan telah menjadi sukarelawan bagi program New Life untuk tolong kanak-kanak lain seperti saya," ujar anak ketiga dalam empat beradik.



Ibunya, Cik Salimah Sukar, 53 tahun, yang dibebaskan daripada penjara kerana kesalahan berkaitan dadah pada 2015, bersyukur dengan bantuan diberikan kepada anak-anaknya.



"Ia memberi keluarga kami harapan dan menjadikan anak saya, dulunya pendiam dan pemalu, lebih berkeyakinan diri," terangnya.




"Usaha seperti ini harus dirancakkan dan sokongan perlu dihulur kepada anak-anak, anggota keluarga seperti nenek, yang menjaga anak sewaktu ibu bapa tiada. Ini penting dan perlu diutamakan. Jika kita sama-sama bantu, berat sama dijinjing agar ia lebih ringan."
- Encik Amrin Amin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >