Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN TENAGA MANUSIA

Projek bagi pekerja asing jalani sebahagian besar SHN di dormitori dibina segera

QBD akan berkhidmat sebagai Pusat Sehenti Pekerja Asing (MWOC) di bawah satu program perintis MOM
Mar 04, 2021 | 05:30 AM



PEKERJA asing dalam sektor binaan, marin dan pemprosesan yang baru tiba di Singapura boleh menjalani sebahagian besar daripada tempoh notis jangan keluar rumah (SHN) di dormitori dibina segera (QBD) di bawah satu projek perintis oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Mulai 15 Mac, pemegang permit kerja dan Pas S akan menjalani SHN selama empat hari di hotel sementara menunggu keputusan ujian Covid-19 yang dilakukan setibanya di Singapura, berbanding 14 hari di hotel buat masa ini.



Jika ujian mereka negatif, mereka akan dihantar ke QDB, yang mempunyai mutu kehidupan lebih baik berbanding dormitori sekarang untuk menjalani baki tempoh kuarantin.



QBD ini akan berkhidmat sebagai Pusat Sehenti Pekerja Asing (MWOC) di bawah satu program perintis.



Pusat-pusat ini akan membenarkan pekerja untuk menjalani orientasi wajib dan Program Penepatan serta pemeriksaan perubatan di bawah satu bumbung, kata Menteri Kedua Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, semasa perbahasan mengenai Belanjawan kementeriannya.



"Ini dilakukan agar kita dapat mengurangkan risiko penyebaran (koronavirus di kalangan) pekerja baru yang tiba di negara kita dan memastikan mereka dapat disepadukan dengan sebaiknya sebelum mereka berpindah dan menyertai masyarakat kita," ujar beliau.



QDB adalah dormitori baru yang memiliki tahap kehidupan dipertingkatkan, seperti jumlah pekerja lebih sedikit dalam sebuah bilik, bagi mengurangkan risiko penularan penyakit berjangkit pada masa depan.



MOM telah mengenal pasti lima daripada dormitori ini sebagai tapak MWOC perintis - di Punggol, Eunos, Choa Chu Kang dan dua di Tengah.



Sebelum ini, pekerja asing dalam tiga sektor itu perlu ke sebuah kemudahan yang dikhususkan untuk tambahan rejim ujian tujuh hari selepas menjalani SHN selama 14 hari di hotel.



Mereka akan menjalani pemeriksaan perubatan dan SIP di lokasi lain selepas itu.



Di bawah projek perintis ini, pekerja asing akan menjalani program integrasi perumahan di MWOC, yang termasuk pemeriksaan perubatan dipertingkatkan dan SIP diperluaskan.



Mereka juga akan menjalani rejim ujian tujuh hari di MWOC.



SHN di hotel buat masa ini menelan kos lebih $2,000 bagi setiap pekerja, tidak termasuk ujian Covid-19.



MOM akan mengumumkan kos skim perintis MWOC pada tarikh terdekat.



Dr Tan berkata pemeriksaan perubatan dipertingkatkan akan meliputi pemeriksaan lebih teliti bagi mengenal pasti risiko kesihatan lebih awal dan menjadikan jagaan pesakit lebih berkesan.



Misalnya, pekerja berusia 40 tahun ke atas yang mempunyai faktor risiko kesihatan akan juga diperiksa untuk kencing manis dan tekanan darah tinggi.



"Ini akan mengurangkan gangguan kerja yang berpotensi dan kos perubatan tidak dijangka untuk majikan daripada masalah kesihatan yang tidak dirawat," tambah Dr Tan.



Sementara itu, SIP akan mendidik pekerja tentang kehidupan dormitori yang lebih baik dan amalan tapak kerja di samping membantu mereka memahami hak pekerjaan, amalan kesihatan baik dan norma sosial Singapura, jelas beliau.



Misalnya, ia melibatkan pembelajaran bagi mengamalkan langkah pengurusan selamat di tempat kerja, menggunakan alat menjejaki kontak dan aplikasi FWMOMCare yang membenarkan pekerja untuk memantau suhu badan, mengemas kini status kesihatan harian dan mengakses teleperubatan.



Kata Dr Tan, mereka juga akan belajar bila dan bagaimana untuk mendapatkan bantuan jika mereka kurang sihat atau memerlukan bantuan berhubung dengan pertikaian pengambilan pekerja.



"MWOC menghimpunkan pelbagai proses kemasukan sebagai satu proses yang cekap, licin dan bersepadu," tambah beliau sambil menambah bahawa dengan memusatkan operasi dengan cara ini juga akan memperbaiki persiapan bagi pandemik masa depan.




PERIHAL ASRAMA DAN PEKERJA ASING



“Akta Asrama Pekerja Asing (Feda) kini memastikan tempat tinggal pekerja asing terkawal dan mematuhi keperluan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan penduduknya. Namun, Feda hanya dilaksana buat asrama lebih besar yang menampung 1,000 pekerja atau lebih. Saya ingin bertanya... sama ada terdapat rancangan untuk meningkatkan usaha mengawal keadaan hidup pekerja asing di asrama yang menampung kurang 1,000 pekerja seperti memperluas skop Feda untuk turut merangkumi asrama lebih kecil.”
– Anggota Parlimen Buruh, Encik Fahmi Aliman (GRC Marine Parade).



PERIHAL PEMBANTU RUMAH



“Adalah penting kita bersifat konsisten sebagai masyarakat. Kita tidak boleh meraikan peranan penting yang dimainkan pembantu rumah dalam ekosistem sokongan sementara bersikap tidak tegas dalam melindungi maruah dan nyawa pembantu rumah ini. Saya ingin mendapatkan maklumat terkini daripada pemerintah tentang rancangan untuk melindungi pembantu rumah serta usaha pendekatan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran tentang peranan pembantu rumah ini, dalam memastikan tenaga kerja wanita kita kukuh dan berdaya tahan.”
– Cik Yeo Wan Ling (GRC Pasir Ris-Punggol).

 



PERIHAL INDIVIDU BEKERJA SENDIRI



“Berdasarkan pengalaman kita kebelakangan ini dengan Skim Bantuan Pendapatan bagi Individu yang Bekerja Sendiri (SIRS) dan trajektori pertumbuhan pekerja bebas yang juga dikenali sebagai pekerja ‘gig’, gerakan buruh berharap lebih ramai (pekerja ini) dapat menjadi anggota kesatuan pekerja. Saya sarankan MOM menyemak Akta Kesatuan Sekerja untuk membolehkan pekerja bebas menjadi anggota anggota kesatuan pekerja. Kita juga boleh mengkaji cara untuk membolehkan pekerja bebas diwakili dan hak asas mereka sebagai pekerja dilindungi lebih baik dengan meminda undang-undang pekerjaan... atau memperkenal undang-undang baru untuk memberi mereka perlindungan lebih baik berbanding apa yang boleh dilakukan Tribunal Tuntutan Kecil buat masa ini.”
– Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Patrick Tay (Pioneer).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >