Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBINCANGAN BANCI PENDUDUK SINGAPURA 2020

Projek bantuan harap dorong keluarga miliki rumah sendiri

Inisiatif DIAN@M³ akan beri sokongan menyeluruh kepada famili penghuni flat sewa
Jun 19, 2021 | 05:30 AM



KELUARGA tinggal di flat sewa bakal menerima bantuan menyeluruh yang diharap mendorong mereka memiliki rumah sendiri, di bawah program baru yang diumum kelmarin.



Projek DIAN@M³ itu satu inisiatif untuk memberi sokongan menyeluruh kepada keluarga tersebut melalui akses kepada program nasional dan masyarakat merentas semua bidang, termasuk pendidikan, pekerjaan, kesihatan dan sokongan sosial, dan mempermudahkan proses mereka membeli rumah.



Program yang akan dilaksana di bawah Pejabat Penyelarasan Penglibatan Masyarakat M Kuasa Tiga (M³) atau Eco itu akan dilancarkan di M³@Geylang Serai, M³@Bedok dan M³@Jalan Besar dalam fasa pertama dan diperluas ke semua bandar M³ yang mempunyai ramai keluarga di flat sewa.



Inisiatif itu diumum Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, kelmarin semasa sidang media bagi membincangkan dapatan Banci Penduduk Singapura 2020 berkaitan masyarakat Melayu.



Inisiatif itu akan dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman, dalam masa terdekat.



Dapatan banci itu menunjukkan sementara peratusan keluarga Melayu yang tinggal di rumah sendiri kekal tinggi sebanyak 80 peratus, jumlah keluarga Melayu yang menetap di flat sewa satu atau dua bilik meningkat tahun lalu kepada 12.3 peratus daripada 7.5 peratus pada 2010.



Antara faktor yang menyumbang kepada perangkaan itu ialah jumlah bekalan flat sewa yang ditambah sepanjang dekad lalu, kata Encik Masagos.



Flat sewa yang ditawarkan juga membolehkan lebih ramai keluarga tinggal sendiri dan pindah dari rumah ibu bapa mereka. Ini jelas dilihat pada dapatan banci yang menunjukkan isi rumah keluarga Melayu kini lebih kecil.



Namun, dengan kadar sewa flat lebih rendah, penduduk flat sewa lebih cenderung menyertai bidang pekerjaan yang tidak dapat menyokong Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka, langsung menjadi halangan memiliki flat sendiri, kata Encik Masagos.



"Kami prihatin akan isu dalam kalangan golongan ini, yang memanfaatkan perumahan sewa yang sedia ada serta bekerja dalam ekonomi gig yang tidak menyokong dana CPF mereka dan juga pemilikan rumah.



"Kami bimbang ini akan menyebabkan golongan ini terus kekal di flat sewa," ujar beliau.



Encik Masagos menambah itu antara sebab perumahan akan menjadi antara tumpuan utama M³.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata usaha itu melengkapi pelbagai inisiatif dan skim pemerintah yang diusahakan di peringkat nasional dan masyarakat untuk membantu keluarga di flat sewa pindah ke rumah sendiri.



Antaranya adalah dengan bantuan Pasukan Sokongan Bagi Pemilikan Rumah (HST) HDB.



"Bagi kebanyakan keluarga, terutama sekali keluarga yang mempunyai anak kecil, flat sewa seharusnya menjadi penyelesaian sementara sedang mereka berusaha memiliki rumah sendiri.



"Trend positif dalam jumlah keluarga yang berjaya pindah dari flat sewa ke flat milik sendiri amat menggalakkan," ujarnya.



Menurut beliau, data HDB sepanjang lima tahun lalu menunjukkan 4,600 keluarga berjaya pindah dari flat sewa ke flat milik sendiri, meningkat 70 peratus berbanding lima tahun sebelumnya.



"Memandang ke hadapan, rangkaian M³ akan menumpukan sokongan khusus bagi masyarakat Melayu dari segi perumahan, terutama sekali untuk memastikan keluarga tidak terus kekal di flat sewa, terutama sekali bagi keluarga muda dan pertengahan umur," ujarnya.



M³ Eco akan bekerjasama dengan Uplift, ComLink dan badan Melayu lain dalam usaha tersebut, selain melengkapkan sukarelawan dengan kemahiran yang sesuai untuk menjangkau keluarga di flat sewa ini dengan lebih berkesan.




"Bagi kebanyakan keluarga, terutama sekali keluarga yang mempunyai anak kecil, flat sewa seharusnya menjadi penyelesaian sementara sedang mereka berusaha memiliki rumah sendiri. Trend positif dalam jumlah keluarga yang berjaya pindah dari flat sewa ke flat milik sendiri amat menggalakkan... Memandang ke hadapan, rangkaian M³ akan menumpukan sokongan khusus bagi masyarakat Melayu dari segi perumahan, terutama sekali untuk memastikan keluarga tidak terus kekal di flat sewa, terutama sekali bagi keluarga muda dan pertengahan umur."
- Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >