Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek bina Hab Halal tidak menjadi

Projek usaha sama DPPMS-EPC tidak akan diteruskan, kata peguam firma penasihat undang-undang yang dilantik EPC bagi projek itu; DPPMS akan 'teroka semua peluang yang dapat membangunkan dan memperkasa ekosistem Halal'
Dec 08, 2020 | 05:30 AM



PROJEK pembangunan Hab Halal yang dirancang untuk dibangunkan di utara Singapura - menerusi usaha sama antara Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dengan Elite Partners Capital (EPC) - tidak akan diteruskan.



Hal ini disahkan oleh Encik Ahmad Khalis Abdul Ghani, dari firma guaman K&L Gates Straits Law yang merupakan penasihat undang-undang yang dilantik EPC bagi projek tersebut.



Projek yang ditaksirkan bernilai antara $80 juta hingga $100 juta, dengan pembinaan yang dijadualkan bermula pada tahun lalu mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.



Mantan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar), Encik Zainul Abidin Rasheed, sebelum ini telah dilantik sebagai penasihat projek itu.



Dikatakan terletak di antara Jalan Buroh dan Sunview Road berdekatan Pelabuhan Tuas dan Lebuh Raya Ayer Rajah (AYE), Hab Makanan Halal Singapura itu akan menempatkan unit pemprosesan makanan halal, dapur pusat, bilik berhawa dingin dan Pusat Kecemerlangan Halal.



Laman sghalalhub.com menunjukkan, Hab Halal ini seharusnya mendapat Permit Penginapan Sementara (TOP) antara suku kedua atau ketiga 2021.



Rancangan pembinaan hab halal ini telah digerakkan sejak 2016, menurut EPC.



Ia telah melantik syarikat CBRE Singapore sebagai ejen pemasaran.



Semasa dihubungi Berita Harian (BH) semalam bagi menjelaskan kedudukan projek tersebut, Encik Ahmad Khalis berkata:



"Projek ini tidak dapat diteruskan kerana ia tidak dapat memenuhi keperluan yang ditetapkan JTC Corporation.



"Jadi ia bukan tertangguh tetapi tidak lagi diteruskan," ujarnya.



Menurut Encik Ahmad Khalis, sejumlah wang dalam lingkungan "enam angka" telah dibelanjakan bagi tujuan operasi projek.



"Saya tidak dapat menyatakan jumlah sebenar tetapi ia telah digunakan sebagai operational capital (modal operasi)," katanya lagi.



DPPMS pula dalam kenyataannya semalam menyatakan "pandemik Covid-19 telah menyebabkan kesemua pemegang taruhan bagi projek ini mengambil langkah setapak ke belakang untuk menilai semula model yang sesuai yang diperlukan untuk maju dalam dunia pascapandemik Covid-19".



"Namun demikian, DPPMS akan terus bekerja dengan semua pemegang taruhan, terutamanya, ahli-ahlinya untuk meneroka semua peluang yang dapat membangunkan dan memperkasa ekosistem Halal".



Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap Pengarah Urusan EPC, Encik Victor Song, semasa dihubungi BH berkata mereka "sedang cuba menghuraikan beberapa isu".



EPC merupakan syarikat pengurusan alternatif berpangkalan di Singapura.



Di laman rasminya dinyatakan Hab Makanan Halal Singapura merupakan "hab bersepadu yang dicadangkan sebagai pusat sehenti untuk semua aspek perniagaan dan kegiatan berkaitan pengeluaran, pemprosesan, penyediaan, pembungkusan, penyimpanan, pengujian, pensijilan, pemasaran, pembekalan dan perdagangan makanan halal".



Semasa mengumumkan pelancaran projek ini pada Mei 2019, ECP menyifatkan Hab Halal yang berkeluasan 66,000 meter persegi - saiz bersamaan sembilan kali ganda keluasan padang bola sepak - "sebagai paling tercanggih yang pernah dibina di Asia Tenggara".



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >