Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek BTO di bawah model lokasi utama bakal dilancar di Bukit Merah, Queenstown

May 24, 2022 | 05:30 AM



SEBANYAK dua projek flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di estet matang di Bukit Merah dan Queenstown akan ditawarkan di bawah model Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH), menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Dua projek BTO itu merupakan antara lima tapak perumahan yang akan dilancarkan untuk penjualan bulan ini.



Sekitar 4,500 flat akan dilancarkan bulan ini di estet matang seperti Bukit Merah, Queenstown, Toa Payoh dan estet tidak matang seperti Yishun dan Jurong West, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee dalam catatan di Facebook semalam.



Di Bukit Merah, sekitar 1,660 unit tiga bilik dan empat bilik akan ditawarkan di bawah PLH di kawasan bersempadan dengan Henderson, Tiong Bahru dan Lower Delta.



Penduduk yang tinggal di sana dapat menggunakan kemudahan stesen MRT Redhill dan Tiong Bahru.



Di Queenstown pula, sekitar 860 flat tiga dan empat bilik akan dilancarkan di Ghim Moh Road, bersebelahan dengan stesen MRT Buona Vista.



Oktober lalu, projek BTO di Rochor merupakan projek pertama dilancarkan di bawah PLH.



Di bawah PLH, syarat membeli dan menjual lebih ketat dikenakan seperti pemilik harus membayar 6 peratus daripada harga jualan semula atau taksiran, mana lebih tinggi, kepada HDB apabila menjual semula rumah mereka di pasaran terbuka buat kali pertama.



Tempoh penginapan minimum (MOP) juga adalah selama 10 tahun, berbanding lima tahun bagi BTO biasa.



Projek PLH - River Peaks I dan II di Rochor - dijual pada harga bermula dari $409,000 tanpa geran bagi flat tiga bilik dan $582,000 bagi flat empat bilik.



PLH dilancarkan untuk memastikan semua flat HDB yang terletak di lokasi utama dan pusat, seperti pusat bandar dan kawasan sekitarnya, akan kekal dimampui dan diakses oleh lebih ramai pembeli.



"Oleh kerana sambutan yang menggalakkan bagi projek PLH yang dilancarkan, HDB memutuskan melancarkan dua projek PLH di Queenstown dan Bukit Merah bulan ini. Kami akan terus menilai sifat lokasi projek dan nilai pasaran untuk terus menawarkan projek PLH dalam penjualan akan datang, jika terdapat tapak binaan yang tersedia dan sesuai,'' kata Encik Lee.



Kini, projek PLH pertama di Rochor, River Peaks I & II, di dalam proses pemilihan dan kira-kira 80 peratus pembeli yang telah dijemput untuk proses pemilihan setakat ini telah meneruskan untuk menempah flat mereka, tambahnya.



Beliau berkata jumlah mereka yang menempah flat PLH lebih tinggi daripada purata 60 peratus untuk kebanyakan projek BTO.



Beliau menambah bahawa secara keseluruhan, HDB akan melancarkan sehingga 23,000 flat baru tahun ini.



Penjualan Flat Baki (SBF) juga akan diadakan pada masa yang sama dan akan menawarkan flat merentasi pelbagai estet perumahan di seluruh Singapura.



Encik Lee mengatakan bahawa flat baki yang dijual sudah dalam pembinaan ataupun sudah siap dibina dan pembeli yang berminat boleh mendapatkan flat mereka dengan lebih awal.



Beliau juga mengatakan bahawa sebilangan besar unit dalam pelancaran BTO bulan ini akan berada di estet matang untuk memenuhi banyak permintaan untuk flat di estet ini dan memberikan mereka lebih banyak pilihan.



"Flat-flat di estet matang akan memenuhi keperluan keluarga muda yang ingin tinggal berhampiran ibu bapa mereka yang tinggal di estet matang sedia ada, untuk penjagaan dan sokongan bersama yang lebih baik," ujar beliau.



Namun begitu, beliau turut menyatakan bahawa ia telah dijangkakan bahawa kadar permohonan untuk projek di estet matang kekal tinggi dan menggalakkan pembeli untuk memaksimumkan peluang mereka untuk mendapatkan flat dengan mempertimbangkan permohonan flat BTO di estet yang bukan matang seperti di Jurong West ataupun Yishun. Kadar permohonan di estet-estet demikian biasanya lebih rendah berbandingkan estet-estet matang.



Beliau juga menyatakan bahawa terdapat sambutan yang baik bagi kedua-dua projek PLH yang dilancarkan sejak tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >