Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek BTO terbesar Clementi siap dibina

May 27, 2023 | 07:44 PM



PROJEK Bina Ikut Tempahan (BTO) terbesar di Clementi yang bukan sahaja ditangguh selama sembilan bulan hingga setahun akibat pandemik Covid-19, tetapi juga mengalami tanah runtuh lewat tahun lalu, akhirnya siap dibina.

Clementi NorthArc, yang dilancarkan pada Februari 2017, dijadualkan siap pada pertengahan 2022, terdiri daripada 1,179 flat tiga bilik, empat bilik, lima bilik dan tiga generasi merentas enam blok.

Sehingga 17 Mei, lebih 90 peratus pembeli rumah telah mengambil kunci dan sedang berpindah ke rumah baru mereka.

Hampir 98 peratus flat pula telah diambil.

HDB dalam kenyataannya berkata ia telah bekerjasama rapat dengan kontraktor berhubung penangguhan itu, dan mampu menyiapkan kesemua enam blok antara Disember 2022 dengan Mac 2023, walaupun projek itu mengalami masalah di bahagian cerun yang berlaku di bahagian barat Clementi NorthArc pada 2 September 2022.

Walaupun masalah itu telah menyebabkan kerosakan kepada Penghubung Taman Ulu Pandan yang terletak bersebelahan, blok kediaman yang sedang dibina kekal selamat dari segi struktur, menurut pemeriksaan pihak berkuasa.

HDB telah bekerjasama rapat dengan kontraktor mengenai kerja pemulihan dan pembinaan semula di kawasan terjejas pembangunan BTO itu, serta penghubung taman bersebelahan.

HDB berkata bahagian terusan Sungei Ulu Pandan yang terjejas telah dipulihkan kepada kedalaman dan kapasiti asalnya, dan Tebing Utara Penghubung Taman Ulu Pandan telah dibuka sepenuhnya bagi kegunaan awam.

Fasa terakhir merangkumi pembinaan semula cerun di Clementi NorthArc dan memulihkan semula bahagian rosak di Tebing Selatan Penghubung Taman Ulu Pandan.

Sejauh ini, kira-kira 50 peratus kerja pengukuhan cerun sudah siap dan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang Julai 2023, kata HDB.

Selanjutnya, kerja pemulihan bagi kerosakan di Penghubung Taman Ulu Pandan di sebelah cerun itu pula akan mula dan dijangka siap menjelang Disember 2023, sebelum dibuka semula bagi kegunaan awam.

HDB juga berkata ia telah bekerjasama dengan kontraktor untuk mengutamakan pembinaan flat dahulu, berbanding kawasan lain (precinct areas).

Justeru pembinaan beberapa kawasan umum lain contohnya yang akan menempatkan gelanggang bola keranjang, dalam pembangunan itu masih dijalankan.

Menyentuh secara umum tentang semua projek BTO yang ditangguh, HDB memberi jaminan bahawa ia akan siap dalam tempoh dua tahun.

“Dengan pemulihan industri pembinaan menyusuli pandemik Covid-19, HDB akan terus bekerjasama rapat dengan rakan pembinaan kami dan agensi pemerintah lain untuk menyiapkan semua projek yang terjejas oleh penangguhan akibat pandemik secepat mungkin, tanpa menjejas mutu dan keselamatan.

“Melainkan berlakunya keadaan yang tidak diramalkan, kami jangka untuk menyiapkan semua projek yang tertunda akibat pandemik dalam masa kurang daripada dua tahun,” kata lembaga itu.

Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann, telah melawat projek tersebut semalam dan bertemu penduduk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >