Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Projek BTO yang masih berlarutan, dijejas Covid-19, dijangka siap dua hingga tiga tahun lagi

Jul 30, 2022 | 04:07 PM

MASA menunggu bagi enam projek Bina Ikut Tempahan (BTO) yang siap pada separuh pertama tahun ini adalah antara 3.9 tahun dengan 5.3 tahun setelah mengambil kira penangguhan yang disebabkan pandemik Covid-19, dengan masa menunggu median mencecah 4.1 tahun.

Ia akan mengambil masa lagi dua hingga tiga tahun untuk menyiapkan semua projek BTO yang terjejas akibat pandemik, dedah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam kenyataan yang dikeluarkannya pada Sabtu (30 Julai).

Kini, terdapat hampir 100 projek HDB yang sedang dibina, tidak termasuk yang dijual pada Februari dan Mei tahun ini kerana projek tersebut belum memulakan pembinaan, kata HDB.

Projek yang sedang dibina itu mempunyai masa menunggu yang dianggarkan dari dua hingga 5.4 tahun, dengan masa menunggu median 4.3 tahun.

Walaupun penangguhan yang disebabkan Covid-19 tidak boleh dipulih sepenuhnya, HDB memberi jaminan bahawa ia dan rakannya akan terus berusaha mengurangkan beberapa penangguhan, dan di mana boleh, menyiapkan flat lebih awal daripada tarikh yang disemak.

Antara usahanya termasuk membantu kontraktor mengutamakan bidang kerja mereka, mendapatkan bekalan bahan dan tenaga kerja yang diperlukan untuk menyiapkan projek mereka, dan mendapatkan pengecualian khas bagi kegiatan pembinaan yang kurang bising untuk dijalankan pada hujung minggu jika boleh.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3