Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Projek Dian@M³ akan beri tumpuan pada keluarga punyai anak, tinggal flat sewa: Faishal

Jul 06, 2021 | 05:30 AM



PROJEK Dian@M³ akan memberi lebih tumpuan kepada keluarga yang mempunyai anak serta menetap di flat sewa HDB, demi membantu mereka meningkatkan prospek pekerjaan dan meningkatkan pendapatan yang mantap.



Ini selain memberi sokongan sosial agar mereka dapat membangun sebagai satu keluarga dalam suasana positif.



Demikian jawapan bertulis Menteri Negara (Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, kepada soalan Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio).



Antaranya, Cik Nadia bertanya mengenai bantuan kepada keluarga Melayu yang menetap di flat sewa, khususnya dalam membantu mereka memiliki rumah sendiri.



Menjelaskan, Dr Faishal berkata usaha mempertingkat keluarga berpendapatan rendah dan rentan merupakan usaha semua pihak dalam masyarakat.



Pemerintah, katanya, mempunyai geran dan skim keutamaan perumahan untuk memastikan rumah awam tetap dimampui.



Ini termasuk meningkatkan langkah memberi sokongan tambahan kepada keluarga yang tinggal di flat sewa sejak beberapa tahun lalu.



Selain itu, mereka juga boleh menerima bimbingan daripada Pasukan Sokongan pemilikan Rumah HDB dalam cara-cara membeli rumah sendiri.



"Dalam masyarakat Melayu/Islam, rangkaian M3 mempunyai pelbagai program yang melengkapi inisiatif pemerintah dalam menyokong keluarga berpendapatan rendah dan rentan ini.



"Projek Dian@M³ bertujuan menyediakan lebih banyak sokongan berkesan dan bersepadu kepada keluarga Melayu/Islam yang tinggal di flat sewa, dengan menjalinkan mereka kepada pelbagai program nasional dan masyarakat berkaitan pendidikan, pekerjaan, sokongan sosial dan kesihatan," ujar Dr Faishal.



Memberi perincian, beliau berkata projek itu akan memberi lebih tumpuan kepada tiga aspek.



Pertama, mempertingkat mobiliti antara generasi dengan memberi lebih perhatian kepada keluarga dengan anak yang tinggal di rumah sewa.



Ini termasuk pendekatan M³ diselaraskan dengan program pemerintah lain, termasuk dalam memudahkan anak itu memasuki prasekolah dan menghadiri sekolah secara tetap.



Kedua, membantu keluarga itu dalam prospek pekerjaan mereka dan memperoleh pendapatan mantap, sehingga mereka dapat membeli flat HDB.



Ketiga, memastikan keluarga itu mempunyai akses kepada sokongan sosial yang dapat menolong mereka membentuk sekitaran keluarga yang positif.



Ini dilakukan antaranya melalui program seperti Bersamamu dan Projek Arif (Temasek Foundation Achieving Resilient and Inspiring Families).



"Kami mengalu-alukan lebih ramai yang ingin menjadi sebahagian Projek Dian@M³, dan bekerjasama dengan kami dalam usaha penting ini.



"Pada akhirnya, kami berharap sokongan bersama ini akan membolehkan keluarga rentan dapat memiliki rumah mereka sendiri," ujar Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >