Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek elak banjir di Orchard Road separuh siap

Jun 09, 2016 | 03:20 PM



KERJA utama oleh PUB untuk mengelak banjir di sepanjang Orchard Road sudah sekitar separuh selesai, kata agensi air negara itu pada Khamis (9 Jun).



Saluran Lencongan Stamford dan Tangki Penakungan Stamford akan mengurangkan beban Saluran Stamford - yang melalui di kedua-dua belah Orchard Road - sebanyak 30 peratus, kata seorang jurucakap.



Saluran lencongan itu, yang akan melegakan sebahagian air daripada Saluran Stamford, hampir 50 peratus siap.



Tangki penakungan itu pula, yang akan menakung air buat sementara waktu supaya kurang mengalir ke Saluran Stamford, lebih 50 peratus siap.



Terusan lencongan sepanjang dua kilometer itu akan mengalihkan 240ha daripada 630ha jumlah tadahan ke dalam Sungai Singapura melalui dua terowong bawah tanah dan parit, kata Encik Ridzuan Ismail, Pengarah Jabatan Tadahan dan Terusan.



Beliau berkata demikian pada satu taklimat media di Environment Building di Scotts Road.



Saluran lencongan itu dijangka siap menjelang suku pertama 2018. Ia memanjang dari Tanglin Road ke Grange Road dekat Kim Seng Road.



Kerja membina dua terowong - bergaris pusat dalaman 4.5m - di bahagian sepanjang satu kilometer saluran tersebut di bawah Grange Road akan bermula pada Julai.



Tangki penakungan itu, yang boleh menyimpan air sebanyak 15 kolam renang bersaiz Olimpik, atau 38,000 meter padu, akan terletak 28 meter di bawah tempat letak koc Kebun Bunga Singapura.



Air mengalir ke arah Saluran Stamford dari Holland Road akan melimpah dari sebatang longkang di sepanjang jalan ke dalam ruang di mana dua paip berukuran 2.5m dalaman akan menyalurnya ke dalam tangki itu.



Sensor air akan memberi isyarat kepada sistem automatik untuk melepaskan air yang dikumpul apabila hujan reda. Air akan mengalir dari kedua-dua arah oleh daya graviti.



Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, melawat tapak binaan tangki itu pada Khamis (9 Jun).



"Tujuan tangki penakungan Stamford ialah membantu dan mengurangkan kemungkinan banjir di kawasan Orchard Road, dan lebih penting lagi, pada jangka masa panjang kami berharap ia juga akan membantu mengurangkan corak cuaca berubah-ubah yang kita akan alami," katanya kepada wartawan.



Tangki itu dijangka siap menjelang suku pertama 2017.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >