Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Projek Gunting' bagi bekas pesalah sumbang semula...

Jan 20, 2023 | 05:30 AM



KESILAPAN silam apabila ditahan akibat kesalahan dadah merupakan titik hitam dalam kehidupan mereka.



Namun, selepas keluar dari penjara, penghuni Rumah Peralihan Pertapis, Encik Zack (bukan nama sebenar) dan Encik Deen (bukan nama sebenar), berazam untuk membuka lembaran baru.



Apabila tidak bertugas, Encik Zack, 43 tahun, yang bekerja di Pertapis Movers, dan Encik Deen, 56 tahun, yang bekerja di sebuah rangkaian restoran piza, melibatkan diri dalam kegiatan yang bermakna agar dapat menyumbang kepada masyarakat.



Semalam, mereka telah menyediakan khidmat gunting rambut percuma untuk warga emas sebagai sebahagian daripada inisiatif bersama anjuran Pertapis dan Thye Hua Kwan Moral Charities (THKMC) yang dipanggil Projek Gunting.



Seramai 30 warga emas yang tinggal sekitar Cassia Crescent telah mendapatkan khidmat itu yang diadakan di Pusat Penuaan Aktif Thye Hua Kwan @ Cassia semalam.



Apabila ditemui Berita Harian (BH), Encik Zack dan Encik Deen melahirkan kesyukuran diberi peluang untuk menyumbang semula kepada masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >