PROJEK PEMBINAAN PUSAT PERANGINAN MARINA VIEW RESORT & SPA
Projek hadapi masalah undang-undang
Jul 17, 2016 | 05:30 AM
PROJEK pembinaan Marina View Resort & Spa di Tanjong Pinggir, Batam, yang diusahakan selebriti adik-beradik, Nuradee, masih dalam "proses pengurusan undang-undang dan keizinan tanah".
Menyatakan hal itu, peguam di Batam yang mewakili Nuradee, Encik Bambang Darmaji, menegaskan bahawa pihaknya giat berusaha menyelesaikan beberapa halangan atau rintangan yang menyebabkan projek tersebut tertangguh.