Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek HSR dibatal setelah SG-M'sia gagal sepakat berkaitan usul perubahan

Perjanjian HSR luput pada 31 Dis 2020 susulan tiada persetujuan mengenai perubahan yang disaran M'sia dek kesan Covid-19 ke atas ekonominya | PM kededua negara lahir komitmen untuk kekalkan hubungan baik dua hala | MOT: M'sia akan bayar pampasan kepada S'pura
Jan 02, 2021 | 05:30 AM



PROJEK Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura telah dibatalkan, setelah kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang disarankan Malaysia menjelang tarikh akhir 31 Disember 2020.



Ini diumumkan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan bersama semalam.



Menurut kenyataan itu, kerajaan Malaysia telah menyarankan beberapa perubahan kepada projek HSR memandangkan kesan Covid-19 kepada ekonomi Malaysia.



"Kedua-dua pemerintah telah mengadakan beberapa perbincangan mengenai perubahan itu dan tidak dapat mencapai persetujuan.



"Oleh itu, Perjanjian HSR telah luput pada 31 Disember 2020," menurut kenyataan itu.



Kenyataan itu juga berkata kedua-dua negara akan mematuhi kewajipan masing-masing dan "kini akan meneruskan dengan tindakan yang diperlukan", menyusuli pembatalan perjanjian tersebut.



Dalam satu kenyataan berasingan pula, Kementerian Pengangkutan (MOT) Singapura berkata Malaysia telah membolehkan perjanjian dua hala itu dibatalkan dan perlu membayar pampasan kepada Singapura bagi kos yang sudah ditanggung, sejajar dengan perjanjian itu.



Kenyataan MOT itu menambah:



"Hubungan kita dengan Malaysia adalah mendalam dan merangkumi pelbagai aspek, dan kita menantikan hubungan baik serta kerjasama rapat yang berterusan dengan Malaysia demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara."



Kenyataan bersama Encik Lee dan Tan Sri Muhyiddin turut menyentuh tentang komitmen kedua-dua negara mengekalkan hubungan yang baik.



"Kedua-dua negara kekal komited untuk memelihara hubungan dua hala yang baik dan bekerjasama rapat dalam pelbagai bidang, termasuk memperkukuh ketersambungan antara dua negara," menurut kenyataan bersama itu.



Kenyataan itu dikeluarkan selepas berlalunya tarikh akhir 31 Disember yang ditetapkan bagi keputusan projek dua hala yang ditangguh dua kali sebelum ini.



Encik Lee dan Tan Sri Muhyiddin telah mengadakan perbincangan mengenai HSR menerusi sidang video pada 2 Disember lalu, setelah Malaysia menyarankan beberapa perubahan.



Kedua-dua pihak kemudian berkata mereka akan mengumumkan butiran lanjut mengenai projek tersebut menerusi satu kenyataan bersama nanti.



Namun, beberapa laporan berita di Malaysia, memetik sumber yang enggan nama mereka didedahkan, menyatakan Kabinet Malaysia merancang meneruskan projek tersebut tanpa penglibatan Singapura dan mengakhiri laluan itu Johor.



Pada 2013, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk membina laluan rel sepanjang 350 kilometer itu, dari stesen terminal di Bandar Malaysia di Kuala Lumpur ke terminal di Jurong East.



HSR itu dirancangkan mempunyai tujuh stesen dan bertujuan mengurangkan masa perjalanan antara Kuala Lumpur dengan Singapura kepada 90 minit, berbanding empat jam menerusi kereta dan sekitar lima jam menerusi penerbangan (dari mula hingga akhir, termasuk perjalanan ke lapangan terbang).



Kedua-dua negara telah menandatangani perjanjian dua hala mengenai projek ini di Putrajaya pada Disember 2016, disaksikan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia waktu itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Singapura telah memulakan kerja di bawah projek itu, termasuk melantik firma untuk mereka bentuk prasarana HSR dan kemudian melancarkan tender bersama Malaysia bagi menubuhkan sebuah syarikat aset.



Projek itu kemudian ditangguh atas permintaan Malaysia, selepas perubahan kepada kerajaan negara itu menyusuli pilihan raya umum Mei 2018.



Pada September 2018, projek itu ditangguh selama dua tahun dan sepatutnya berakhir pada Mei 2020, tetapi dilanjutkan lagi hingga 31 Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >