Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:33
Maghrib
7:16
Isyak
8:28
Setempat

Projek Ihsan, M³@Tampines agih baju derma kepada warga

May 26, 2019 | 05:30 AM

BILANGAN penerima Projek Ihsan naik seganda tahun ini berbanding tahun lalu dengan seramai 750 penduduk berpendapatan rendah di sekitar kawasan Tampines hadir untuk memilih daripada 2³,000 pakaian dan kelengkapan Hari Raya yang telah didermakan.

Tahun lalu, projek tersebut telah memberi keceriaan kepada seramai ³70 benefisiari yang merupakan penerima bantuan GRC Tampines, Masjid Darul Ghufran dan pertubuhan kebajikan lain.

Kembali buat tahun ketiga berturut-turut, projek anjuran Jawatankuasa Pengurusan Kelab Masyarakat Tampines West (CCMC) ini juga turut melibatkan rangkaian M Kuasa Tiga (M³) @Tampines.

Dengan sokongan M³@Tampines, penganjur juga telah mendekati badan kebajikan seperti Mendaki dan Rumah Tumpangan Orang Tua Jamiyah.

Projek Ihsan 2019 memberi peluang kepada keluarga berpendapatan rendah dan golongan yang memerlukan memperoleh pakaian baru sempena Lebaran dengan percuma. Pakaian itu didermakan oleh warga Muslim dan syarikat-syarikat setempat.

Acara pengagihan kepada keluarga berpendapatan rendah dan golongan memerlukan diadakan di Kelab Masyarakat Tampines West semalam.

Hadir memeriahkan lagi acara ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Encik Masagos yang tersentuh dengan sumbangan orang ramai tahun ini berkata kerjasama dengan M³@Tampines telah membantu memperluaskan lagi jangkauan mereka kepada penduduk susah di sekitar kawasan Tampines.

"Setiap tahun jawatankuasa di Tampines West mengumpul baju-baju yang baru digunakan tahun lepas untuk diagihkan kepada mereka yang mahukannya agar mereka dapat beraya dengan baju yang agak baru.

"Tahun ini ada pembaharuan kerana kami telah menubuhkan M³ di Tampines. Dengan jangkauan yang lebih luas, kami berjaya mendekati seganda jumlah penerima berbanding tahun lalu.

"Ini satu peningkatan yang sangat baik dan saya harap ia dapat menjadi satu projek yang dapat diteruskan agar masyarakat kita dapat merasakan keriangan beraya bersama," kata Encik Masagos, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines.

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian