Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek 'kediaman dibantu' bagi bina masyarakat inklusif demensia di AMK

PM Lee lancar projek perintis bagi warga emas, mereka yang hidapi demensia jalani hidup selesa
Mar 06, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH flat HDB di Ang Mo Kio telah memperkenalkan model penjagaan baru untuk warga emas yang dilengkapi dengan prasarana seperti dapur pusat dan bilik aktiviti untuk menyokong penduduk yang semakin menua.



Flat tersebut hasil kerjasama antara Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Kebun Baru dan Dementia Singapore dengan tujuan mewujudkan model penjagaan baru untuk membantu warga emas, termasuk mereka yang menghidap penyakit demensia.



Projek perintis yang dipanggil Demensia Bersepadu (IDeAL@115) dan berkonsepkan kediaman dengan kehidupan dibantu telah dilancarkan semalam di Blok 115 Ang Mo Kio Avenue 4 oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong; Penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Kebun Baru, Encik Henry Kwek dan Ketua Eksekutif Dementia Singapore, Encik Jason Foo.



Kebun Baru adalah sebahagian daripada GRC Ang Mo Kio dan kededua Encik Lee serta Encik Kwek adalah Anggota Parlimen (AP) GRC tersebut.



Sehingga Mac tahun ini, seramai 40 penduduk yang dikenal pasti di flat sewa itu dapat memanfaatkan sokongan dan perkhidmatan tersebut.



Di bawah projek itu, empat unit di tingkat dua di blok HDB itu akan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berbeza termasuk pejabat pentadbiran; dapur pusat dan bilik mencuci pakaian selain bilik aktiviti serta bilik teleperubatan.



Ruang tersebut diilhamkan bagi mewujudkan ruang inklusif buat kedua-dua warga emas dan mereka yang menghidapi demensia.



Contohnya, pejabat pentadbiran menggunakan teknologi bantuan seperti alat pengesan, alat pengesan jatuh dan pemantauan jarak jauh supaya warga emas boleh hidup dengan berdikari dalam persekitaran yang selamat dan mereka kenali.



Dapur pusat di situ pula menyediakan hidangan tengahari atau bahan-bahan untuk dimasak bagi isi rumah yang memerlukan.



Pada masa yang sama, dapur berpusat itu juga mempunyai bilik mencuci pakaian berkongsi bagi warga emas yang memerlukan bantuan untuk membasuh dan menyidai pakaian mereka.



Semasa lawatannya semalam, Perdana Menteri telah melihat kemudahan di IDeAL@115 dan berinteraksi dengan penduduk di sana.



Beliau juga telah mengedarkan sup kepada penduduk di dan meletakkan sentuhan terakhir pada mural di blok 115.



Mengulas projek tersebut, Encik Foo berkata Dementia Singapore menyokong idea bagi warga emas menjalani usia senja di kediaman mereka sendiri, tetapi ini hanya dapat dilakukan apabila kita dapat membina masyarakat inklusif.



"Kami berharap IDeAL@115 akan berfungsi sebagai model penjagaan yang boleh diperkenalkan juga di kejiranan di seluruh Singapura untuk memperkasakan penduduk warga emas yang semakin meningkat untuk menjalani hidup dengan selesa di tempat tinggal mereka sendiri," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >