Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek kotak hadiah Joy Box: Ceriakan 400 penduduk Tampines Changkat; Pertapis turut memberi dan menerima

Dec 17, 2022 | 11:43 PM



MEMBERI sambil menerima.



Inilah yang bakal dilakukan badan Melayu/Islam Pertapis yang turut terlibat dalam pengagihan habuan kepada penerima bantuan inisiatif masyarakat Joy Box pada Isnin (19 Disember).



Habuan akan disampaikan di Rumah Peralihan Pertapis dan HCA Oasis@Outram pada tengah hari Isnin.



Sekumpulan bekas pesalah pula akan mengirimkan sekitar 300 kotak hadiah kepada pertubuhan.



Salah seorang pengirim habuan ini adalah Encik Iskandar daripada Rumah Peralihan Pertapis yang akan memimpin pasukannya.



Katanya:



"Rumah Peralihan Pertapis bertuah menjadi salah satu pertubuhan yang menerima kotak hadiah Joy Box 2022 dan kami gembira untuk menyumbang semula kepada masyarakat memandangkan memberi itu menyemarakkan kehidupan kerana kami dapat menjadi pemberi dan penerima sekali gus."



Inisiatif Joy Box ini dimulakan pada Sabtu (17 Disember).



Sekitar 400 kotak hadiah telah dikirimkan sekumpulan sukarelawan kepada penerima bantuan di kawasan kejiranan Tampines Changkat.



Joy Box dibangunkan Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Tampines Changkat pada 2020 dan kini dalam edisi ketiganya.



Projek ini bertujuan menceriakan kehidupan golongan memerlukan pada musim perayaan.



Selain keluarga berpendapatan rendah, warga emas di rumah jagaan dan ibu tunggal, penerima bantuan bagi edisi 2022 juga melibatkan pesakit hospis dan kanak-kanak di rumah anak yatim.



Kotak hadiah disesuaikan mengikut keperluan kumpulan penerima yang berbeza. Sebagai contoh, bekas air panas, alat urut dan radio diberikan kepada warga emas.



Tahun ini, lebih 300 penaja, seperti Pusat Polis Kejiranan Changi, Singapore Pools dan Gojek Singapore, mendekati kira-kira 1,500 penerima.



Daripada kira-kira 100 sukarelawan yang menyertai misi pengedaran habuan ini, kira-kira separuh adalah pemandu yang ditugaskan Gojek.



Ketua peneraju penglibatan dan tanggungjawab korporat Gojek, Cik Valerie Goh, berkata:



“Mewujudkan impak positif adalah teras kepada apa yang kami lakukan di Gojek, jadi memberi kembali kepada masyarakat sentiasa penting bagi kami.



"Tahun ini, kami gembira kerana pekerja dan rakan kongsi atau pemandu kami boleh menjadi sebahagian daripada inisiatif Joy Box, bersama-sama banyak syarikat lain yang mengambil bahagian.”



Beliau menambah Gojek berharap sumbangan itu dapat menaikkan semangat penerima dan membawa harapan cerah dan kegembiraan kepada mereka pada musim perayaan ini.



Turut hadir pada sesi pengagihan habuan itu ialah Mayor Daerah North-East dan Anggota Parlimen GRC Tampines, Encik Desmond Choo.



Mengenai sokongan daripada penduduk dan syarikat yang menderma dan menyumbang masa mereka secara sukarela, Encik Choo berkata:



"Kesediaan mereka untuk memberi mencerminkan masyarakat kita yang rapat dan penuh belas ihsan."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >