PENDUDUK di kawasan kejiranan Yuhua di Jurong kini boleh menikmati pelbagai kemudahan baru dan lebih baik setelah siapnya projek mempertingkat kejiranan yang menelan belanja $2 juta.
Rak basikal, astaka dan bangku di tempat awam, merupakan antara kemudahan baru yang boleh dinikmati 35,000 penduduk di Yuhua Village, sebuah pusat kejiranan yang terletak di Jurong East Street 24.