Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek perintis di Punggol sedia khidmat robot pengirim barang dapur

Mar 11, 2021 | 06:57 PM



SEKITAR 700 isi rumah di Punggol berpeluang menggunakan robot pengiriman bagi menghantar barangan yang dibeli dalam satu projek perintis melibatkan robot berautonomi.



Percubaan selama setahun ini bertujuan meringankan bebanan tenaga kerja dalam sektor pengiriman dan bagi menguji kegunaan robot sebegini, lapor akhbar The Straits Times.



Sebagai permulaan, dua robot pengiriman akan menghantar bungkusan barangan dan barangan dapur secara percuma ke lobi lif tujuh blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Waterway Woodcress. 



Pelanggan juga boleh memilih bila mereka mahu barangan itu dikirimkan berbanding tertakluk pada jadual kiriman yang ditetapkan.



Usaha perintis ini dipimpin Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) dengan kerjasama HDB, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) serta penyedia khidmat logistik CM Logistics, rangkaian pasar raya FairPrice dan penyedia teknologi Otsaw.B



Ketika ditemui di pelancaran khidmat perintis ini pada Khamis (11 Mac), Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, berkata sektor logistik memerlukan tenaga buruh yang intensif dengan masalah itu diburukkan dengan pertumbuhan e-dagang, khususnya sewaktu pandemik Covid-19.



Beliau menambah, penggunaan robot pengiriman ini diharapkan dapat mengurangkan masalah bebanan tenaga kerja.



"Penggunaan robot autonomi ini seperti dalam ujian ini mudah-mudahan akan memberi pengalaman lebih baik buat pelanggan. Ia berpotensi menjana model perniagaan baru dan diharapkan bermakna kita dapat mempertingkat kerja tanpa bergantung pada tenaga kerja sebagai langkah yang membataskan," ujar Dr Janil lagi.



Menurutnya lagi, Punggol dipilih sebagai tapak ujian kerana ia mempunyai demografi penduduk muda. Prasarana estet itu juga membolehkan robot bergerak secara lancar seperti di laluan pejalan kaki dan tanjakan.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >