PROJEK perintis model penjagaan baru untuk warga emas, termasuk mereka yang menghidapi demensia, untuk menjalani usia senja di kediaman mereka secara berdikari.
Itulah tujuan projek Demensia Bersepadu (IDeAL@115), yang berkonsepkan kediaman dengan kehidupan dibantu, dan dirintis secara bersama oleh Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Kebun Baru dan Dementia Singapore.
Kemudahan tersebut telah dilancarkan semalam oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, Penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Kebun Baru, Encik Henry Kwek dan dan Ketua Eksekutif Dementia Singapore, Encik Jason Foo.
Kebun Baru adalah sebahagian daripada GRC Ang Mo Kio dan Encik Lee serta Encik Kwek adalah Anggota Parlimen (AP) GRC tersebut.
Antara ciri projek itu ialah ia menyediakan kemudahan bagi membantu warga emas hidup berdikari melalui sokongan dan pemantauan.
Dalam catatannya di Facebook, Perdana Menteri berkata beliau berbesar hati banyak pihak yang telah tampil untuk memberi sokongan kepada warga emas supaya mereka dapat menjalani usia senja dengan penuh hormat dan berdikari.
Laporan lanjut: Projek 'kediaman dibantu' bagi bina masyarakat inklusif demensia di AMK