Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek Red House Katong 90% siap

IRMA KAMARUDIN
Dec 10, 2015 | 05:49 PM



PROJEK The Red House di Katong kini 90 peratus sudah siap, bahkan ia bakal siap sepenuhnya menjelang suku kedua tahun depan.


Projek pembangunan perumahan oleh Warees Investments itu menawarkan 42 unit perumahan dan enam unit komersial.


Sekitar dua pertiga daripada unit itu telah pun dijual.


Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, petang tadi berada di tapak binaan tersebut untuk melihat perkembangan terkini.


Sementara itu, lima masjid yang melabur dalam projek wakaf Red House itu di bawah skim pelaburan institusi (3I), telah menerima $157,500 dalam bentuk hibah oleh Warees Investments.


Skim 3I itu membolehkan institusi seperti masjid dan badan masyarakat membiayai bersama kos binaan semula projek The Red House, atau melabur dalam unit perumahan projek berkenaan.


Lima masjid itu - Masjid An-Nur, Masjid Al-Mukminin, Masjid Darul Ghufran, Masjid Haji Muhammad Salleh (Palmer Road) dan Masjid Assyakirin - masing-masing melabur $1 juta (berjumlah $5 juta) bagi membiayai bersama kos binaan The Red House.


Baki $52,000 akan diberi apabila tempoh pelaburan matang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >