Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek rintis 2 tahun kenali cabaran kaum Adam di Nee Soon

Mar 21, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH projek perintis dua tahun sedang dijalankan di Nee Soon untuk mengenal pasti keperluan, kekuatan dan cabaran yang dihadapi kaum Adam supaya sokongan lebih baik dan menyeluruh dapat dihulurkan kepada mereka.



Projek itu akan mendekati 500 lelaki di Nee Soon South dan mengenal pasti mereka yang tinggal di flat sewa, dan mereka yang hilang pekerjaan atau yang sudah lama melakukan pekerjaan berpendapatan rendah dan tidak stabil.



Dapatan projek itu kemudian akan digunakan untuk membangun program pakar yang akan memberi tumpuan dalam mempertingkat kesihatan sosioemosi, jasmani dan kewangan kaum lelaki dengan mewujudkan masyarakat sokongan rakan dan peluang pekerjaan.



Projek perintis itu diusahakan sebuah pertubuhan baru tidak meraih untung, Rise Community, yang dilancarkan semalam.



Rise Community ialah cetusan idea Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Cik Carrie Tan, dan bertujuan meneroka cara inovatif untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah.



Cik Tan, yang juga pengasas sebuah pertubuhan yang membantu wanita dari keluarga berpendapatan rendah Daughters of Tomorrow, berkata pertubuhan baru itu akan meluangkan masa setahun untuk membina kepercayaan dan menjadi pendamping kepada kaum lelaki yang didekati.



"Ini supaya kami dapat lebih memahami pandangan mereka secara mendalam tentang keperluan khusus dan jurang serta sokongan apakah yang mungkin bermanfaat bagi lelaki ini dan keluarga mereka.



"Di akhir satu tahun itu, kami akan dapat memperolehi data yang baik, dan boleh bekerjasama dengan lelaki tersebut untuk mereka program yang akan memberi manfaat kepada mereka," kata beliau, yang merupakan penasihat pemandu pertubuhan itu.



Majlis pelancaran Rise Community, yang diadakan di Blok 850, Yishun Street 81 semalam, dihadiri Cik Tan dan juga Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.



Encik Shanmugam, yang juga AP GRC Nee Soon, adalah penaung pertubuhan itu.



Rise Community menerima sokongan penduduk, relawan, dan rakan masyarakat termasuk Majlis Sukan Singapura (SportSG), Yishun Health, serta rakan korporat AlfaTech.



Dalam ucapannya di majlis pelancaran itu, Encik Shanmugam berkata adalah tepat pada masanya untuk memberi tumpuan pada kaum lelaki.



Ini kerana disebabkan jangkaan peranan tradisional terhadap mereka, lelaki biasanya tidak menunjukkan emosi atau bercakap tentang masalah yang dihadapi, dan ini boleh menjejas mereka dan dapat dilihat dalam kadar bunuh diri, jenayah dan kepincangan yang lebih tinggi dalam kalangan lelaki.



Ini juga terutamanya apabila keluarga dan sekitaran pekerjaan mereka terjejas.



"Jika mereka dalam sekitaran pekerjaan yang tidak stabil dan mereka tidak lagi dapat menjadi pencari nafkah utama, identiti dan rasa harga diri mereka akan amat terjejas. Mereka akan rasa keliru dan naik marah.



"Dan ini akan timbul dengan keganasan di rumah, atau keganasan pada diri sendiri, atau isu sosioekonomi lain, termasuk dadah, ketagihan alkohol dan jenayah. Oleh itu, saya rasa amat penting terdapat pelbagai pertubuhan untuk membantu dan mendorong mereka. Ini amat penting," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >