Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek RTS SG-Johor berjalan lancar

Iswaran dan MB baru Johor ke tapak binaan stesen Woodlands North
Apr 19, 2022 | 05:30 AM



KEMAJUAN dicapai bagi projek pembinaan Laluan Sistem Transit Laju (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura setelah sebuah konsortium dibentuk untuk memastikan projek dijalankan selaras dengan syarat dan peraturan keselamatan yang ditetapkan.



Ini merangkumi langkah menilai dan mengesahkan bahawa Laluan RTS itu mampu mula berkhidmat bagi penumpang akhir 2026, menurut kenyataan bersama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) semalam.



Konsortium tersebut terdiri daripada Systra SA, Minconsult Sdn Bhd dan Bureau Veritas Singapore Pte Ltd yang akan bertindak sebagai ejen Pengesahan Bebas (IV&V) bagi projek itu.



Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran telah bertemu Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di perhentian penghabisan laluan tersebut, Woodlands North, semalam.



Kededua Encik Iswaran dan Datuk Onn Hafiz juga telah ke tapak binaan jejambat RTS di mana mereka telah dimaklumkan mengenai perkembangan projek tersebut, tambah kenyataan itu.



Laluan RTS sepanjang 4 kilometer itu dijangka mula beroperasi menjelang hujung 2026 dan menghubungkan penumpang dengan Bukit Chagar di Johor Baru, di mana kerja binaan bermula November lalu.



Laluan kereta api itu dijangka boleh menampung hingga 10,000 penumpang setiap jam bagi setiap hala.



Perjalanan antara kedua-dua stesen dijangka mengambil masa lima minit dan diharap dapat mengurangkan kesesakan di Koswe.



Sebelum ini, LTA telah memberikan dua kontrak sivil bagi projek tersebut pada 2020 dan 2021.



Kontrak pertama yang diberikan kepada Penta Ocean Construction Co Ltd merangkumi pembinaan stesen Woodlands North, terowong dan bangunan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Singapura.



Kontrak pembinaan jejambat Laluan RTS pula telah diberikan kepada cawangan China Communications Construction Company Limited di Singapura.



Menurut MOT dan LTA semalam, pembinaan di bawah kededua kontrak tersebut "telah bermula dan kini berjalan lancar."



Stesen tiga tingkat Woodlands North itu dibina sedalam 28 meter bawah tanah dan turut menempatkan bangunan CIQ.



Secara keseluruhannya, keluasan lantai stesen dan bangunan CIQ berukuran 10 kali ganda lebih besar berbanding stesen MRT biasa.



Stesen tersebut juga akan dihubungkan dengan stesen MRT Woodlands North di laluan Thomson-East Coast (TEL) melalui terowong bawah tanah.



Terowong itu juga akan dihubungkan dengan jejambat yang merentasi Selat Johor pada ketinggian 25 meter.



Kenyataan tersebut menambah bahawa LTA telah menguatkuasakan langkah demi memastikan keselamatan struktur infrastruktur di keliling projek itu dan memastikan keselesaan orang ramai tidak terjejas.



Pertemuan Encik Iswaran dan Datuk Onn Hafiz semalam merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi selama tiga hari Datuk Onn Hafiz ke Singapura sejak kelmarin.



Ini merupakan lawatan rasmi Datuk Onn Hafiz yang pertama ke Singapura sejak dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-19 pada 15 Mac lalu.



LAPORAN SELANJUTNYA: PM Lee temu MB Johor, bincang kerjasama dua hala




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >