Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek RTS S'pura-JB: Kontrak sivil pertama diberi kepada Penta-Ocean

Nov 26, 2020 | 05:33 PM



KONTRAK sivil pertama bagi pembinaan Laluan Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura (RTS), diberikan kepada Penta-Ocean Construction pada Khamis (26 Nov).



Di bawah kontrak bernilai $932.8 juta itu, syarikat yang kini melakukan kerja pembinaan bagi stesen Bright Hill dan Orchard di Laluan Thomson-East Coast, akan memulakan kerja pada beberapa bahagian sambungan itu dalam suku pertama tahun depan, kata kenyataan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).


Kontrak itu merangkumi pembinaan stesen Laluan RTS Woodlands North (terminal Singapura), terowong dan bangunan Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Woodlands North.


Stesen MRT Woodlands North di Laluan Thomson-East Coast, di mana penumpang yang turun dari RTS di Singapura dapat meneruskan perjalanan, juga merupakan projek Penta-Ocean Construction.


LTA berkata kontrak kedua untuk RTS Link, yang akan merangkumi jejambat, akan diberikan dalam suku pertama tahun depan.


Laluan RTS, khidmat ulang-alik kereta api antara kedua-dua negara, dijangka beroperasi pada akhir 2026, dan boleh membawa hingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >