Projek Sistem Gerak Cepat S'pura Johor boleh ditangguh, disemak semula: S'pura
Pemerintah bagaimanapun beri syarat - harus dilakukan dalam rangka kerja Perjanjian Dua Hala (BA) RTS Link, tertakluk kepada persetujuan dua negara
Apr 05, 2019 | 05:30 AM
KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) berkata tarikh akhir projek Sistem Gerak Cepat (RTS) Singapura Johor boleh ditangguhkan dan keluasan projek itu boleh disemak semula.
Namun, ini dengan syarat ia dilakukan dalam rangka kerja Perjanjian Dua Hala (BA) RTS Link dan ia tertakluk kepada persetujuan kedua-dua Singapura dan Malaysia.