Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Projek Sistem Transit Laju JB-S'pura tidak ikut jadual: Khaw

Jan 15, 2019 | 05:30 AM



SISTEM Transit Laju (RTS) Link Johor Bahru-Singapura tidak mengikut jadual dan tidak menunjukkan kemajuan yang baik, menurut Menteri Pengangkutan Encik Khaw Boon Wan.



Di bawah Perjanjian Dua Hala ditandatangani Singapura dan Malaysia pada Januari tahun lalu, syarikat usaha sama (JVC) meliputi SMRT Singapura dan Prasarana Malaysia harus ditubuhkan sehingga 30 Jun 2018.



JVC itu juga harus melantik pengendali RTS Link (OpCo) melalui Perjanjian Konsesi dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan kerajaan Malaysia menjelang 30 September tahun lalu.



"Namun, detik penting ini sudah terlepas.



"Sepanjang beberapa bulan lalu, Malaysia telah memberi bayangan bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk menggantikan rakan kerja usaha sama mereka tetapi mereka telah menangguh untuk mengesahkan rakan kerja usaha sama mereka itu - sehingga September 2018 pada kali pertama, kemudian sehingga Disember 2018 dan paling terbaru, pada 28 Disember 2018 pula, Malaysia telah meminta untuk diberi lebih masa sehingga 28 Februari 2019 bagi mengesahkan rakan kerja usaha sama mereka," jelas Encik Khaw, dalam kenyataan bertulis ke Parlimen bagi menjawab soalan Encik Ang Wei Neng (GRC Jurong).



Akibat penangguhan itu, syarikat usaha sama itu belum dibentuk sehingga kini, apa lagi menandatangani perjanjian konsesi.



Sementara itu, Malaysia juga telah mengambil tindakan sendiri bagi menggantung perbincangan dua hala untuk melantik OpCo sejak Ogos 2018, bergantung pada pengesahan rakan kerja usaha sama Malaysia.



Di bawah perjanjian dua hala, jika menjelang tarikh akhir asal, syarikat usaha sama sama ada belum didaftarkan atau belum dilantik sebagai syarikat operasi, maka kededua negara perlu secara bersama, membuka tender antarabangsa yang adil dan telus bagi melantik syarikat operasi.



Ini kecuali kededua negara secara bersama bersetuju untuk menangguhkan tarikh akhirnya.



Sejajar dengan tujuan perjanjian dua hala, Singapura telah menyiapkan dan menghantar draf dokumen tender ke Malaysia pada November 2018 bagi mendapatkan komen dari Malaysia



Menurut Encik Khaw, ia merupakan sesuatu 'yang mendesak' kerana berdasarkan pengiraan Singapura, tender terbuka perlu dibuka pada 31 Mac 2019.



Ini agar seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian dua hala, syarikat operasi yang dilantik boleh mendapatkan sistem utama Laluan Thomson-East Coast (TEL) untuk RTS Link sebelum pilihan pemerolehan ini tamat.



"Bagaimanapun, sehingga kini, kami belum menerima respons Malaysia terhadap dokumen draf tender. Oleh itu, terdapat risiko bahawa Singapura dan Malaysia tidak akan bersedia untuk membuka tender terbuka secara bersama menjelang 31 Mac 2019," kata Encik Khaw.



Beliau menambah Singapura telah komited melaksanakan BA.



LTA telah mengumpulkan hampir 70 kakitangan, termasuk jurutera sivil dan sistem untuk melaksanakan RTS Link.



Ia juga telah membuka tender awam bagi membina prasarana RTS Link, termasuk stesen RTS Link Woodlands North, dan bahagian Singapura bagi jambatan penyeberangan RTS Link.



Beliau menambah Singapura bersikap munasabah dan fleksibel kerana ia faham keadaan Malaysia menyusuli pilihan raya umum Malaysia pada Mei tahun lalu.



Encik Khaw berkata Singapura akan mengambil pendekatan membina bagi membawa projek itu ke hadapan.



RTS Link telah divisikan sebagai usaha sama bersama mengurangkan kesesakan di imigresen dan meningkatkan usaha sama pengangkutan.



"Namun, disebabkan penangguhan ini, tarikh pelaksanaan khidmat RTS Link akan ditangguh selepas matlamat asal 31 Disember 2024," jelas Encik Khaw.



Mengikut jadual awal, RTS sepanjang 4 kilometer antara Bukit Chagar di Johor Baru dan Woodlands North sepatutnya dibuka menjelang akhir 2024.



Sementara itu, Encik Ang juga menanyakan MOT jika Singapura telah dimaklumkan mengenai niat Malaysia membina laluan ketiga menghubungkan Malaysia ke Singapura dan jika Singapura memerlukan laluan itu.



Encik Khaw menyatakan Singapura belum menerima usulan rasmi dari Malaysia berhubung binaan laluan baru itu.



"Tumpuan Singapura ialah menumpukan terhadap projek dua hala yang sedia ada dengan Malaysia serta meredakan kesesakan di pusat pemeriksaan darat," tambah Encik Khaw.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >