Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek S’pura-China di Guangzhou dipercepat

Mar 29, 2023 | 05:55 PM



SYARIKAT Singapura berkobar-kobar untuk kembali memasuki pasaran China selepas pembukaan semula sempadan pasca Covid-19.


Bahkan, ini telah mendorong satu projek pembangunan bersama Singapura-China di Guangzhou untuk mempercepat usaha pengembangannya empat bulan lebih awal.


Fasa kedua Taman Bijak China-Singapura, yang memberi tumpuan pada inovasi teknologi dan bandar bijak, dijangka siap menjelang Jun, lebih awal berbanding Oktober seperti yang dijadualkan. 


Ia ditempatkan dalam Bandar Ilmu Guangzhou China-Singapura, lokasi pertama yang dikunjungi Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada Selasa, yang juga hari kedua lawatan rasmi beliau ke China.


“Terdapat beberapa syarikat Singapura yang didaftar di sini.


“Saya gembira mendengar pengalaman mereka tentang bagaimana mereka memanfaatkan ekosistem dalam Bandar Ilmu Guangzhou China-Singapura untuk membangunkan perniagaan mereka dalam sektor seperti digital, agro-pertanian, tenaga mampan dan bioperubatan,” ujar Encik Lee menerusi laman Facebooknya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >