Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek terakhir BTO yang tertangguh di Clementi siap

Oct 08, 2023 | 08:20 PM



Projek terakhir daripada lima projek Bina Ikut Tempahan (BTO) yang tertangguh disebabkan pembubaran syarikat binaan Greatearth dua tahun lalu, telah siap dengan majoriti penduduk telah mendapatkan kunci flat baru mereka.

Menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Ahad, hingga 30 September, penduduk telah mengambil kunci bagi 534 daripada 659 flat yang ditempah di West Coast ParkView di Clementi.

Menerusi laman Facebook beliau pada Ahad, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, mengucapkan terima kasih kepada penduduk atas kesabaran dan pengertian mereka.

Beliau berkata HDB telah bekerjasama dengan kontraktor untuk mengutamakan kerja menyiapkan blok perumahan itu agar flat dapat diserahkan kepada pemiliknya secepat mungkin.

Kerja-kerja mungkin masih diteruskan bagi kawasan dan kemudahan umum, dan akan siap menjelang akhir 2023, tambah Encik Lee.

Projek di Clementi itu pada mulanya dijadual siap pada suku kedua 2023 di tengah-tengah kelewatan pembinaan akibat Covid-19.

Ia merupakan salah satu tapak gantian Skim Pembangunan Semula Terpilih Bersama (Sers) bagi penduduk di Blok 513 hingga 520 West Coast Road.

Namun, tarikh siap projek itu telah ditangguh selepas pembubaran Greatearth Corporation dan Greatearth Construction pada 2021.

Secara keseluruhan, pembubaran syarikat itu menjejas sejumlah 2,982 unit flat dalam lima projek itu.

Projek lain yang terjejas ialah Sky Vista @ Bukit Batok, Senja Heights dan Senja Ridges di Bukit Panjang, serta Marsiling Grove di Woodlands.

HDB berkata akibat pandemik Covid-19, kesemua lima projek itu tertangguh antara dua dengan 12 bulan daripada anggaran tarikh siap asal semasa pelancaran projek.

Namun, projek di satu blok di Senja Heights tidak tertangguh.

Pembinaan projek BTO itu terhenti pada Ogos 2021, selepas Greatearth menghadapi masalah kewangan semasa pandemik dan tidak dapat meneruskan kerja-kerja pembinaan walaupun dengan bantuan pemerintah, tambah HDB.

Kontraktor baru telah dilantik pada akhir September 2021 dan kerja-kerja disambung semula pada Oktober 2021.

HDB menambah ia telah membantu mendapatkan kontraktor yang sesuai untuk mengambil alih projek itu, dan bekerja rapat dengan agensi relevan untuk membantu kontraktor membawa masuk lebih ramai pekerja, di samping membolehkan kerja lebih senyap dijalankan pada hari Ahad dan cuti umum.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >