Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek Wolbachia diperluas ke lima lagi kawasan perumahan bagi kekang denggi

35% rumah di S’pura terlibat dalam program guna nyamuk Aedes aegypti jantan sekat populasi nyamuk pembawa penyakit
Nov 21, 2023 | 06:07 PM



Mulai awal 2024, lima lagi kawasan perumahan akan disertakan dalam program mengekang denggi yang melepaskan nyamuk jantan dewasa yang dibiak di makmal untuk menyekat populasi nyamuk yang membawa penyakit.

Projek Wolbachia itu akan diperluas ke kawasan Bukit Merah-Telok Blangah, Clementi-West Coast, Commonwealth, Holland dan Marine Parade-Mmountbatten, menyusuli hasil positif daripada kajian yang sedang dijalankan.

Nyamuk Aedes aegypti jantan, yang membawa bakteria Wolbachia, akan dilepaskan di kawasan kediaman tersebut mulai suku pertama 2024, merangkumi 480,000 isi rumah – meningkat daripada jumlah semasa iaitu 350,000.

Dengan itu, 35 peratus daripada semua rumah di Singapura akan terlibat dalam program tersebut.

Ini diumumkan Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Encik Baey Yam Keng, di Persidangan Antarabangsa mengenai Penyakit Berpunca Daripada Serangga, pada Selasa, lapor The Straits Times.


Persidangan tiga hari dari 21 hingga 23 November itu berlangsung di Universiti Nasional Singapura (NUS), dan diketuai oleh Sekolah Perubatan Yong Loo Lin NUS dan Jabatan Sains Biologi universiti itu.

Encik Baey berkata: “Dalam tempoh empat tahun lalu, penduduk di kawasan yang telah mengalami sekurang-kurangnya satu tahun pelepasan (nyamuk Aedes aegypti jantan) menunjukkan kemungkinan dijangkiti denggi berkurang hingga 77 peratus.”


Kawasan itu termasuk Tampines dan Yishun. Sekitar 13 kawasan perumahan disertakan dalam projek itu.

Pemilihan lima lokasi baru itu mengambil kira sejarah risiko denggi, populasi nyamuk Aedes, dan keupayaan NEA menghasilkan dan melepaskan nyamuk tersebut, kata agensi itu.

Pengarah Kumpulan Institut Kesihatan Alam Sekitar NEA, Profesor Madya Ng Lee Ching, menyatakan sebilangan besar kes denggi di kawasan kajian terpencil dan tidak terkait dengan sesuatu kelompok, menunjukkan jangkitan itu mungkin berlaku ditempat lain.

Walaupun program itu telah menyebabkan populasi nyamuk Aedes turun lebih daripada 90 peratus di beberapa kawasan, Encik Baey berkata kesan projek Wolbachia ke atas populasi nyamuk dan denggi berbeza-beza di pelbagai lokasi dan tahun. 

Analitik data dan kecerdasan buatan (AI) digunakan NEA sebagai alat ramalan untuk menyesuaikan bilangan nyamuk jantan yang dilepaskan di setiap kawasan.

Agensi itu merancang untuk melibatkan industri bagi membangunkan sumber nyamuk tambahan untuk memenuhi kapasiti program itu yang semakin meningkat. Pada masa ini, kira-kira tujuh juta nyamuk Wolbachia-Aedes dilepaskan setiap minggu. Dengan peluasan program itu, 11 juta nyamuk akan dihasilkan.

Dilancarkan pada 2016, Projek Wolbachia telah memberi manfaat kepada lebih satu juta penduduk hingga Mei 2023.

Walaupun projek Wolbachia menawarkan penyelesaian, NEA mengingatkan penduduk supaya terus membuang air bertakung dan mengambil langkah mencegah daripada digigit.

Ia menekankan: “Kehadiran nyamuk Aedes, peredaran pelbagai virus serotypes, dan imuniti populasi yang rendah akan terus mencabar usaha kawalan denggi.”


Setakat ini, lebih 8,740 kes denggi dicatat pada 2023, iaitu sekitar satu perempat daripada 32,325 kes yang dicatat pada keseluruhan 2022, yang menyaksikan penularan besar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >