Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek Wolbachia NEA manfaat lebih 1j penduduk

Usaha kekang nyamuk Aedes itu dorong kes denggi turun sehingga 88% di kawasan projek
May 09, 2023 | 05:30 AM



PROJEK Wolbachia, usaha Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) untuk mengekang pembiakan nyamuk Aedes, telah dijalankan di 30 peratus blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan sembilan peratus kawasan kediaman berhalaman di Singapura, sekali gus memberi manfaat kepada lebih sejuta penduduk.



Teknologi tersebut juga disambut baik oleh masyarakat, dengan 96 peratus penduduk yang ditinjau di semua 13 tapak itu meluahkan sokongan bagi projek itu.



Berucap di majlis pembukaan Bengkel Denggi Antarabangsa Singapura (SIDW) ke-7 pada Isnin, Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Encik Baey Yam Keng, berkata pihaknya merancang untuk meluaskan pelepasan nyamuk Wolbachia-Aedes jantan kepada lebih banyak kawasan dalam tahun-tahun akan datang.



Menyentuh tentang projek tersebut, Encik Baey berkata teknologi itu baru dan Singapura merupakan yang pertama untuk mencuba dan melaksanakan teknologi sedemikian dalam sekitaran tropika yang berdensiti tinggi dengan bangunan tinggi.



"Kami telah melihat sehingga 98 peratus sekatan bagi jumlah nyamuk Aedes aegypti di tempat pelepasan, dan sehingga 88 peratus kes denggi berkurangan di kawasan ini," katanya.



NEA dalam kenyataannya berkata ia akan mengumpulkan data untuk memperbaiki taktik dan akan terus bekerjasama dengan rakan komersial mengenai huraian automatik bagi meningkatkan penghasilan serta pelepasan nyamuk Wolbachia-Aedes, membolehkan pelancaran berskala besar dalam tahun-tahun akan datang.



Selain projek tersebut, NEA turut melabur dalam penyelidikan dan inovasi serta mencari huraian serta teknologi baru.



Contohnya, lebih 70,000 alat Gravitraps yang boleh memerangkap nyamuk betina Aedes aegypti yang ingin bertelur, telah diletakkan di sekitar kawasan perumahan di seluruh Singapura, lantas membolehkan NEA memantau kawasan yang berisiko tinggi.



Institut Kesihatan Persekitaran (EHI) NEA juga telah diubah peranannya sebagai Pusat Kerjasama Pertubuhan Dagangan Sedunia (WHO) bagi Rujukan dan Penyelidikan Arbovirus dan Vektor Berkaitan pada April bagi satu lagi penggal empat tahun.



Menerusi SIDW, lebih 150 peserta dari 23 negara berkongsi ancaman denggi dan penyakit arboviral - virus yang dijangkiti menerusi gigitan serangga seperti nyamuk - akan bertukar-tukar pengalaman dari 8 Mei hingga 17 Mei.



NEA berkata risiko jangkitan denggi kekal tinggi. Sejak awal tahun ini, kes denggi mingguan kekal melebihi 100.



Agensi itu turut memberi amaran bahawa bulan Mei hingga Oktober akan menyaksikan jangkitan denggi lebih tinggi di sini.



"Memandangkan peningkatan dalam jumlah kes denggi dalam bulan-bulan akan datang tidak boleh dielak, ia amat penting untuk semua kekal berhati-hati dan mengambil tindakan tetap bagi menyekat jumlah nyamuk Aedes dan menghentikan jangkitan penyakit itu," kata NEA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >