Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Prosedur asas GPS bakal digunakan di Lapangan Terbang Seletar dalam tempoh enam hingga 12 bulan

Apr 21, 2019 | 04:06 PM



PENDEKATAN prosedur yang berasaskan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) bagi Lapangan Terbang Seletar akan dikuatkuasa dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang, menurut Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke. 



Encik Loke menyentuh tentang perkara tersebut semasa sidang media pagi tadi bersama Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan, yang diadakan selepas acara menyambut pendaratan pesawat Firefly buat julung kalinya di Lapangan Terbang Seletar. 



Encik Khaw berkata pengawal selia dari kededua negara akan bertemu minggu depan untuk berbincang tentang pendekatan prosedur GPS, yang akan menggantikan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) yang ditarik balik Singapura. 



“Pihak Singapura telah memikirkan beberapa kemungkinan...dan saya yakin ini boleh dilakukan tidak lama lagi,” katanya kepada pihak media. 



Pesawat Firefly FY3126, yang bertolak dari Lapangan Terbang Subang, Kuala Lumpur, disambut dengan salut air setelah pesawat tersebut mendarat di Seletar sekitar 10.50 pagi. 



Pesawat tersebut dinaiki Encik Loke dan 70 penumpang lain. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >