Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ISU SUNAT BAGI WANITA

Prosedur selamat dari segi perubatan, penuhi tatacara agama di Sg

Aug 07, 2021 | 05:30 AM



KHITAN atau sunat bagi wanita merupakan prosedur yang selamat dari segi perubatan dan dijalankan oleh profesional perubatan yang terlatih di Singapura.



Walaupun dari perspektif perubatan, manfaatnya tidak diketahui, ibu bapa yang menginginkan anak mereka menjalani khitan melihatnya sebagai penting dari perspektif keagamaan, kata Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA).



Dari sudut keagamaan pula, asatizah yang dihubungi Berita Harian (BH) berkata prosedur sunat bagi wanita dalam Islam mempunyai tatacaranya sendiri.



Jika dilakukan dengan betul, ia bukanlah suatu yang mendatangkan kemudaratan bagi kaum wanita, malah Islam melindungi hak wanita.



Pendakwah bebas, Ustazah Kalthom Muhammad Isa berkata sunat bagi anak perempuan di Singapura perlu dilakukan oleh doktor yang pakar dan tidak sepatutnya memudaratkan.



Ibu bapa juga boleh mendapatkan penjelasan daripada doktor pakar tentang keadaan anak-anak mereka sebelum meneruskan prosedur itu.



Ustazah Kalthom turut menekankan bahawa berkhitan dalam Islam bukanlah satu bentuk penderaan dan Rasulullah saw sudah menjelaskan tatacaranya.



Hanya prepus atau kulup iaitu kulit yang menutupi klitoris sahaja yang dipotong. Malah Islam melarang kulup dipotong secara keterlaluan sehingga memudaratkan wanita atau mampu mengurangkan syahwat isteri terhadap suami.



"Yang bermasalah adalah pencacatan alat kelamin (genital mutilation) dan ia berlaku di negara-negara seperti Afrika dan lebih kepada adat mereka. Ia tidak ada kena mengena dengan agama Islam kerana Islam tidak pernah mengajar demikian. Kita tidak boleh samakan ia dengan khitan dalam Islam yang menjaga sebaik-baik maslahat wanita," ujar Ustazah Kalthom.



Negara yang membangun seperti Singapura, menurutnya, sangat menjaga hak wanita dari sudut agama dan sosial.



Sekiranya ia dipercayai boleh mendatangkan keburukan kepada kesihatan, ia perlu ditinggalkan namun kajian perlu dijalankan sebelum keputusan dibuat.



Pandangan pakar perubatan serta kajian menyeluruh diperlukan kerana perkara ini melibatkan pandangan agama yang diamalkan masyarakat Islam sejak berzaman, tambahnya.



Baru-baru ini, timbul perdebatan mengenai keselamatan prosedur sunat perempuan yang diutarakan di Parlimen oleh Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) Cik Raeesah Khan (GRC Sengkang).



Dalam usulan Memperkasa Wanita itu, Cik Raeesah menggesa Kementerian Kesihatan agar menjalankan semakan menyeluruh mengenai prosedur berkhatan bagi perempuan yang dijalankan di klinik privet.



Dalam responsnya, Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam berkata pemerintah tidak menyokong amalan yang membahayakan wanita.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) juga mempunyai pandangan yang sama serta telah menjelaskan bahawa Islam tidak menyokong sebarang prosedur yang membahayakan individu, katanya.



Menyentuh tentang hukum sunat bagi wanita, pendakwah bebas, Ustazah Lina Sakina Salim, berkata terdapat perbezaan pendapat dalam segi hukum khitan wanita dalam kalangan ulama terdahulu.



Antara hukum yang diberikan oleh ulama adalah wajib, sunat (digalakkan) atau mulia (kehormatan buat para wanita).



Bagi masyarakat Nusantara yang kebanyakannya berpegang pada fiqh mazhab syafii, khitan wanita dianggap sebagai sesuatu ibadah yang wajib, katanya.



"Hukum makhruh atau haram, muncul pada zaman kontemporari apabila terdapat sesetengah masyarakat Islam di beberapa negara yang menyalahgunakan hukum ini dengan mengkhitankan kaum wanita dan kanak-kanak perempuan secara berlebihan dan keterlaluan sehingga menyebabkan kemudaratan dan kecederaan serta trauma yang teruk bagi alat sulit mereka, seperti di Mesir dan beberapa negara di benua Afrika," katanya.



Di Nusantara pula, khitan wanita dilaksanakan dengan cara yang tidak keterlaluan.



Kebimbangan muncul dalam kalangan masyarakat tentang keselamatan prosedur tersebut kerana tidak ada pengawalan tentang cara khitan dilaksanakan di kalangan mereka yang memberi khidmat ini, tambah Ustazah Lina.



Memberi nasihat, Ustazah Lina berkata:



"Berlapanglah dada dalam memahami isu yang mempunyai khilaf ulama dan ikutilah bimbingan ulama dan suara pakar perubatan setempat yang memberikan hujah mereka mengikut kesesuaian konteks tempatan. Kita semua harus bekerjasama demi mencari kebaikan buat agama kita."




"Yang bermasalah adalah pencacatan alat kelamin (genital mutilation) dan ia berlaku di negara-negara seperti Afrika dan lebih kepada adat mereka. Ia tidak ada kena mengena dengan agama Islam kerana Islam tidak pernah mengajar demikian. Kita tidak boleh samakan ia dengan khitan dalam Islam yang menjaga sebaik-baik maslahat wanita."
- Pendakwah bebas, Ustazah Kalthom Muhammad Isa.



"Berlapanglah dada dalam memahami isu yang mempunyai khilaf ulama dan ikutilah bimbingan ulama dan suara pakar perubatan setempat yang memberikan hujah mereka mengikut kesesuaian konteks tempatan. Kita semua harus bekerjasama demi mencari kebaikan buat agama kita."
- Pendakwah bebas, Ustazah Lina Sakina Salim.




MPHA: Sunat dilakukan oleh doktor terlatih di S'pura



KENYATAAN PENUH PERSATUAN KARYAWAN PENJAGAAN KESIHATAN ISLAM (MHPA):



KHITAN merupakan prosedur yang selamat dari segi perubatan yang dijalankan oleh profesional perubatan yang dilatih di Singapura.



Walaupun tiada manfaat perubatan yang diketahui bagi khitan, ibu bapa yang meminta bagi khitan melihatnya sebagai penting dari perspektif keagamaan mereka sendiri.



Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) tidak menerima sebarang amalan atau prosedur yang mungkin membahayakan pesakit.



MHPA kekal berpandu kepada Majlis Ugama Islam Singpaura (Muis) untuk hal berkaitan amalan keagamaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >