Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Proses agensi awam akan dipertingkat melalui prasarana IT berpusat

Indranee: Inisiatif bertujuan tangani kesalahan, penyelewengan seperti yang diketengahkan AGO
Sep 14, 2021 | 05:30 AM



DEMI menangani kesalahan dan penyelewengan yang diketengahkan Pejabat Juruaudit Negara (AGO), pemerintah akan memperbaiki prosesnya dengan memperkenalkan lebih banyak prasarana teknologi maklumat (IT) berpusat dan perkhidmatan biasa, kata Menteri Kedua Kewangan Indranee Rajah semalam.



Ini bertujuan mengurangkan sebarang risiko yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan pendigitalan dengan membantu dalam semakan kerap di peringkat "seluruh pemerintah", katanya di Parlimen.



Cik Indranee berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan yang diajukan beberapa anggota parlimen termasuk Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, berhubung laporan terkini AGO yang mendapati beberapa kesalahan dan penyelewengan.



Ini termasuk dokumen yang telah diubah, dihasilkan dengan meniru serta pemalsuan yang dilakukan oleh pegawai daripada tiga pihak kementerian dan dua lembaga berkanun.



Cik Indranee menekankan bahawa Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGG) akan melaksanakan alat pusat untuk mengautomasikan semakan aktiviti pengguna yang mempunyai hak istimewa oleh agensi awam.



Ini akan dilaksanakan bagi sekitar 800 sistem yang mempunyai keutamaan tinggi menjelang akhir tahun depan dan kesemua sistem yang berkaitan menjelang Disember 2023.



Alat pusat untuk mengautomasikan pengurusan akaun pengguna juga akan diperkenalkan oleh SNDGG bagi kesemua sistem berkaitan menjelang Disember 2023.



Cik Indranee berkata agensi kerap melakukan semakan dan memperkukuh proses dan sistem mereka untuk mengurangkan risiko peringkat agensi.



Pemerintah juga akan memperkukuh keupayaan para pegawainya, kata beliau.



Usaha ini termasuk memperkenal Akademi Kewangan dan Perolehan yang ditubuhkan Kementerian Kewangan (MOF) dan Kolej Perkhidmatan Awam untuk melatih pegawai awam.



"Kami akan mempertingkat usaha sedang dapatan audit terkini menunjukkan terdapat jenis perolehan dan pengurusan kontrak yang lebih kompleks terutama dalam sektor IT dan projek pembangunan," kata Cik Indranee.



Beliau juga menegaskan bahawa pemerintah memandang serius kes penyelewengan dengan setiap pegawai awam yang didapati melakukan salah laku menghadapi tindakan disiplin bergantung pada jenis dan keadaan kesalahan yang dilakukan.



Beliau bagaimanapun menambah kesilapan manusia dan jurang proses akan berlaku dari masa ke masa memandangkan terdapat 150,000 pegawai dalam perkhidmatan awam yang menguruskan ratusan ribu urus niaga setiap tahun di samping lebih 2,000 sistem IT pemerintah yang dibina sepanjang beberapa tahun oleh vendor berbeza yang menggunakan teknologi berbeza-beza.



"Memandangkan skala dan kerumitan operasi pemerintah, adalah tidak realistik untuk menjangkakan kesalahan sifar... apa yang penting ialah kita perlu mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti kesalahan dan menanganinya dengan cara jelas dan telus," tambahnya.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong turut memberikan penjelasan berhubung dapatan AGO mengenai dua projek pembangunan di bawah Persatuan Rakyat iaitu Our Tampines Hub (OTH) dan Heartbeat @ Bedok.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >