Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Proses ambil anak angkat diperketat demi keselamatan kanak-kanak

Rang yang dilulus tetapkan perlu jalani penilaian sesuai ambil anak angkat, dua taklimat
May 10, 2022 | 05:30 AM



MEREKA yang ingin mengambil anak angkat perlu menjalani proses yang diperketat serta dinilai berdasarkan kriteria lebih teliti, bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak diutamakan selain memberi mereka persekitaran keluarga yang baik.



Demikian menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semasa berucap dalam perbahasan Rang Undang-Undang Pengambilan Anak Angkat di Parlimen semalam.



Rang itu diluluskan di Parlimen semalam dan akan berkuat kuasa mulai tahun depan.



Antara perubahan utama yang diusul ialah mewajibkan semua orang yang mahu mengambil anak angkat menjalani Penilaian Kesesuaian Pengambilan Anak Angkat (ASA) dan menghadiri dua taklimat, iaitu taklimat prapengambilan anak angkat dan taklimat pendedahan status anak angkat.



Sekarang, hanya pemohon yang mahu mengambil sebagai anak angkat kanak-kanak dari negara asing yang tiada kaitan dengan mereka perlu menjalani penilaian.



Rang itu juga mengusulkan untuk mengutamakan warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura bagi pengambilan anak angkat di sini, memandangkan bilangan kecil kanak-kanak yang dikenal pasti untuk dijadikan anak angkat.



Dalam bacaan kedua rang tersebut, Encik Masagos berkata peruntukan yang dipertingkat itu merupakan garis pandu bagi sektor pengambilan anak angkat dan akan menyelaras amalan serta proses berkaitan di Singapura demi mengutamakan kebajikan kanak-kanak tersebut.



Menurutnya, pelbagai pihak telah menyumbang kepada pembentukan rang tersebut, termasuk anak angkat, keluarga angkat, agensi, pemimpin agama dan mahkamah.



Encik Masagos juga menekankan bahawa di bawah perubahan tersebut, hukuman akan dikenakan terhadap mereka yang menipu, memaksa, dan menggunakan pengaruh atau cara lain yang tidak wajar untuk mendapatkan persetujuan dalam pengambilan anak angkat.



"MSF (Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga) telah mengendalikan kes di mana ibu bapa kandung mendakwa mereka ditipu agar menandatangani dokumen persetujuan.



"Beberapa ibu kandung yang ditemu ramah MSF juga berkongsi bahawa mereka dipaksa agensi untuk menandatangani dokumen persetujuan tanpa diberi tempoh yang cukup untuk mempertimbangkan implikasinya," kata beliau.



Rang itu memansuhkan Akta Pengambilan Anak Angkat 1939, yang kali terakhir dipinda pada 1985, dan menggubal semula Akta Pengambilan Anak Angkat 2022.



Bagi memudahkan pengambilan kanak-kanak dalam penjagaan titipan atau di rumah tumpangan sebagai anak angkat, rang itu akan memperjelaskan lagi keadaan yang diusul, dan menyatakan lebih banyak sebab di mana proses pengambilan anak angkat boleh diteruskan tanpa kebenaran ibu bapa kandung.



Rang itu juga menetapkan garis panduan bagi bayaran berkaitan pengambilan anak angkat yang dibenarkan, dan keperluan untuk semua agensi pengambilan anak angkat menyiarkan maklumat tentang bayaran yang mereka kenakan.



Menurut Encik Masagos, perubahan tersebut diusulkan tepat pada masanya sempena Hari Menyambut Keluarga SG tahun ini.



"Rang ini mengesahkan lagi peranan yang dimainkan keluarga dalam masyarakat ke arah memupuk daya tahan dalam diri individu.



"Ia mengingatkan kita bagaimana setiap kanak-kanak perlu diberi persekitaran keluarga yang kukuh, stabil dan selamat, serta mereka diberi permulaan baik dalam hidup dan yang membolehkan mereka mencapai potensi mereka," katanya.




"Rang ini mengesahkan lagi peranan yang dimainkan keluarga dalam masyarakat ke arah memupuk daya tahan dalam diri individu. Ia mengingatkan kita bagaimana setiap kanak-kanak perlu diberi persekitaran keluarga yang kukuh, stabil dan selamat, serta mereka diberi permulaan baik dalam hidup dan yang membolehkan mereka mencapai potensi mereka."



- Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos, mengenai Rang Undang-Undang Pengambilan Anak Angkat yang diluluskan di Parlimen semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >