Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Proses baru diusul berkaitan rayuan banduan hadapi hukuman mati

Nov 08, 2022 | 05:30 AM



BANDUAN yang menghadapi hukuman mati yang ingin mendapatkan penangguhan bagi pelaksanaan hukuman tersebut setelah saluran undang-undang mereka habis digunakan akan dikehendaki menyatakan sebab mengapa permohonan tidak difailkan lebih awal, di bawah satu prosedur baru yang disarankan di Parlimen.



Semalam, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, memperkenalkan rang undang-undang yang menyarankan pindaan bagi menjelaskan proses pemfailan cabaran oleh banduan setelah hukuman mati mereka disahkan atau dikenakan oleh Mahkamah Rayuan.



Contoh cabaran setelah rayuan adalah berikut: permohonan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman mati; permohonan semakan kehakiman yang mencabar keputusan Presiden untuk tidak memberikan keampunan; dan permohonan semakan kehakiman yang mencabar keputusan Pendakwa Raya untuk tidak memberikan sijil bantuan substantif yang melayakkan pengedar dadah untuk menjalani hukuman penjara seumur hidup.



Seorang jurucakap Kementerian Undang-Undang berkata:



"Terdapat beberapa permohonan oleh banduan yang menunggu hukuman mati pada saat-saat terakhir, setelah semua laluan rayuan telah habis digunakan.



"Pindaan yang disarankan akan dengan jelas menetapkan proses bagi permohonan sebegitu, dan mahkamah akan mempunyai budi bicara untuk membenarkan cabaran walaupun mereka tidak mematuhi proses ini."



Kes yang boleh dikatakan paling berprofil tinggi melibatkan banduan hukuman mati ialah Nagaenthran K. Dharmalingam, seorang warga Malaysia yang disabit kesalahan kerana mengedar 42.72 gram heroin pada 2010 dan diberi hukuman mati mandatori.



Rayuannya ditolak pada 2011.



Mulai 2015, dia memfailkan tujuh permohonan untuk mencabar hukuman matinya.



Semalam, Kementerian Undang-Undang berkata di bawah prosedur yang baru dicadangkan, hanya Mahkamah Rayuan yang akan mendengar permohonan setelah rayuan oleh banduan hukuman mati dan mengizinkan penangguhan pelaksanaan hukuman.



Banduan itu akan perlu memohon bagi keizinan di hadapan seorang hakim untuk melakukan permohonan setelah rayuan.



Dalam memohon kebenaran, banduan akan dikehendaki untuk menyatakan antara lain alasan cabaran itu dan sebab mengapa tidak memfailkannya lebih awal.



Sekiranya kebenaran diberikan, permohonan substantif akan perlu difailkan dalam tempoh tertentu, dan perbicaraan di hadapan panel yang terdiri daripada tiga atau lebih hakim akan ditetapkan dalam tempoh tertentu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >