Program penggalian dan pengebumian semula kubur kini berada di Fasa 8, melibatkan lebih 17,000 kubur orang Islam. Ini sebahagian daripada program penggalian oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) di Tanah Perkuburan Choa Chu Kang, untuk mengatasi keterbatasan ruang di Singapura. BERITA HARIAN menyorot perkembangan dalam usaha itu.
KUBUR orang Islam yang akan digali dan dikebumikan semula kini boleh dituntut dan disahkan oleh waris dalam talian tanpa perlu ke tanah perkuburan.