Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Proses Dasar Integrasi Etnik akan terus diperhalusi: Desmond

Jul 06, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan terus berusaha melicinkan lagi kekurangan dalam proses Dasar Integrasi Etnik (EIP), dan sedang ia meninjau apa lagi yang boleh dilakukan untuk membantu penjual rumah yang terjejas, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, di Parlimen semalam.



Menurutnya, pada tahun lalu, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menerima sekitar 500 rayuan bagi pengecualian EIP, iaitu sekitar 2 peratus daripada 23,100 permohonan penjualan semula yang difailkan tahun lalu.



Meski akur akan kesukaran yang dihadapi sesebuah kumpulan etnik untuk menjual rumah apabila had EIP dicapai, Encik Lee berkata pihak HDB akan menanganinya dengan memberikan fleksibiliti kepada pemilik rumah yang terjejas akibat had EIP mengikut setiap kes yang dikemukakan.



Misalnya, HDB akan memberi isi rumah itu lebih banyak masa untuk menjual flat mereka dan juga memberi pengecualian had EIP sekiranya terdapat keadaan luar biasa.



Malah, peratusan permohonan rayuan berkaitan EIP yang berjaya telah meningkat, daripada 14 peratus pada 2018 kepada 21 peratus pada 2020.



"EIP bukan satu dasar yang sempurna, dan juga bukan satu-satunya alat untuk menggalak keharmonian kaum. Kami sedar akan tukar gantinya dan akan berusaha untuk melicinkan lagi kekurangannya.



"Namun, ia juga merupakan elemen penting dalam kalangan pelbagai dasar dan perlindungan yang dilaksanakan untuk melindungi dan menggalak keharmonian kaum," katanya lagi.



Beliau turut menambah sekiranya keadaan dibiarkan sepenuhnya kepada kuasa pasaran dan sosial, kelompok etnik akan mula terbentuk di beberapa kawasan lagi.



Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh telah menjelaskan kedudukan Parti Pekerja (WP) berhubung dasar EIP menyusuli persoalan yang dikemukakan Encik Lee sama ada WP mahu EIP dimansuhkan ataupun tidak.



"Tujuan kami adalah untuk memansuhkannya tetapi sehingga kita mencapai keadaan tersebut, kita perlu melicinkan kekurangan seberapa yang boleh dan saya berharap dalam generasi kita ini, kita akan mencapai keadaan di mana kita lebih neutral perkauman. Terdapat lebih banyak perkara penting yang dapat mengingatkan kita bahawa kita rakyat Singapura dan kita perlu melihatnya melebihi daripada warna kulit," kata Encik Singh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >