Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Proses perjalanan hari pertama VTL SG-Bintan lancar

Kumpulan pertama 33 pengunjung dari SG tiba di Bintan; pengunjung perlu berada dalam gelembung perjalanan yang ditentukan
Feb 27, 2022 | 05:30 AM



DARI BINTAN: LALUAN Perjalanan Vaksinasi (VTL) Singapura-Bintan berjalan lancar pada hari pertama pelaksanaannya kelmarin dengan 33 pengunjung Singapura menaiki feri ke terminal feri Bandar Bentan Telani dari terminal feri Tanah Merah.



Setelah sekitar dua tahun tidak menerima pengunjung dari Kota Singa - yang merupakan kumpulan pelancong utama pulau itu - keghairahan dan suasana positif menyelubungi pulau Bintan semasa wartawan turut ikut berkunjung ke sana.



Di bawah perjanjian antara pemerintah kededua negara, pengunjung Singapura, Batam dan Bintan, yang telah divaksinasi penuh, tidak perlu menjalani kuarantin setibanya di destinasi masing-masing.



Bagaimanapun, pergerakan dan aktiviti para pengunjung ke Batam dan Bintan hanya dibenarkan di gelembung perjalanan yang ditentukan.



Awal sebelum itu, Batam dan Bintan telah pun memperkenalkan gelembung perjalanan bagi pengunjung ke Singapura untuk memasuki dua pulau itu menerusi terminal feri antarabangsa Nongsapura dan terminal feri Bandar Bintan, tanpa perlu dikuarantin.



Perkhidmatan feri yang diluluskan dikendalikan oleh Batam Fast dan Bintan Resort Ferries.



Sebagai permulaan, 700 pengunjung yang telah divaksinasi dibenarkan setiap minggu - 350 menerusi Nongsapura dan 350 lagi menerusi Bandar Bintan ke terminal feri Tanah Merah.



Dalam satu wawancara sebelum ini, ketua pelancongan Kepulauan Riau, Encik Buralimar, memberitahu media bahawa Batam dan Bintan telah membuat permohonan kepada pemerintah Singapura agar lebih ramai pengunjung dibenarkan.



"Kami telah meminta supaya kuota sekarang ini dinaikkan," kata beliau, ditukil dalam laporan The Straits Times sebelum ini.



Dalam pada itu, pemerhatian wartawan semasa melawat Bintan menunjukkan proses yang licin dan lancar.



Antara kriteria bagi VTL Singapura, Batam dan Bintan itu ialah pengunjung harus berada di Singapura selama 14 hari dan tidak mengunjungi negara lain sebelum tarikh keberangkatan.



Bagi memastikan proses pemeriksaan di pusat imigresen Singapura dapat dipercepat, pengunjung juga dikehendaki menjalani ujian PCR di Singapura dan mendapatkan keputusan ujian negatif dalam masa 72 hingga 24 jam sebelum berangkat, mengikut waktu tempahan tiket feri.



Slot bagi ujian PCR boleh ditempah secara dalam talian atau langsung ke klinik yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan (MOH).



Setibanya wartawan di Bandar Bintan Telani (BBTFT), wartawan dibawa ke kaunter pemeriksaan untuk melakukan ujian PCR dan mengambil token pas biru - yang serupa token 'Trace Together' di Singapura.



Selepas itu pemeriksaan imigresen, termasuk dokumen vaksinasi, keputusan ujian PCR (dari Singapura), pengesahan tempahan penginapan serta tiket feri ulang-alik dilakukan dengan cepat. Wartawan hanya perlu menunjukkan sijil dan dokumen yang sah.



Sebaik saja tamat pemeriksaan di imigresen, rombongan kami dibawa terus menaiki bas ke vila penginapan di Resort Banyan Tree sambil menunggu keputusan ujian PCR kembali negatif.



Keputusan PCR diperolehi sekitar sejam kemudian menerusi e-mel.



Dengan keputusan negatif tersebut, wartawan bebas menikmati kemudahan dan kegiatan yang disediakan di Resort Banyan Tree itu, sambil mematuhi peraturan jarak selamat termasuk memakai pelitup kecuali apabila melakukan kegiatan air, pantai atau berbasikal. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti dalam resort tersedia seperti kelas memasak, spa, golf dan lain-lain.



Ditemui Berita Minggu (BM), pengurus Resort Banyan Tree, Encik Alpha Eldiansyah, berkata: "Akhirnya selepas dua tahun, masa yang dinanti-nantikan sudah tiba... pihak kami bekerja rapat dengan pemerintah Singapura dan Indonesia untuk memastikan VTL berjalan lancar dan yang paling utama selamat bagi semua pihak.



"Staf-staf kami dipastikan sudah divaksinasi, mereka juga diberi tempat tinggal dalam kawasan resort untuk memastikan keselamatan pengunjung terjaga."





"Akhirnya selepas dua tahun, masa yang dinanti-nantikan sudah tiba... pihak kami bekerja rapat dengan pemerintah Singapura dan Indonesia untuk memastikan VTL berjalan lancar dan yang paling utama selamat bagi semua pihak. Staf-staf kami dipastikan sudah divaksinasi, mereka juga diberi tempat tinggal dalam kawasan resort untuk memastikan keselamatan pengunjung terjaga."
- Encik Alpha Eldiansyah, pengurus Resort Banyan Tree di Bintan.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >