Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG AKHBAR PERDANA MENTERI

Proses pilih pemimpin 4G pupuk konsensus, bina pasukan: PM Lee

Cari cara terbaik, sistematik dan menyeluruh, proses berterus terang, tidak harus menjejas kepercayaan dan hubungan dalam kumpulan
Apr 17, 2022 | 05:30 AM



MEMBINA konsensus dan kepercayaan serta membantu pemimpin yang dipilih mengukuh kedudukan beliau dan membina pasukannya adalah tumpuan utama proses pemilihan pemimpin generasi keempat (4G) Parti Tindakan Rakyat (PAP), kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.



Menerangkan proses pemilihan tersebut dalam sidang akhbar di Istana pagi semalam, Encik Lee berkata proses memilih pemimpin sebelum ini berbeza dalam beberapa cara.



Dalam pemilihan Encik Goh Chok Tong sebagai pemimpin generasi kedua (2G), sekitar lima atau enam menteri telah bertemu secara informal selepas pilihan raya 1984 untuk mencapai kata sepakat.



Pemilihan Encik Lee sebagai pemimpin generasi ketiga (3G) pula dibuat dalam satu mesyuarat jamuan tengah hari yang dihadiri sekumpulan menteri dan dipengerusikan oleh mantan menteri kabinet Encik Wong Kan Seng.



Menurut Encik Lee, semua yang hadir merasakan perkara tersebut tidaklah rumit dan kata sepakat telah dicapai dengan cepat.



Bagi pemilihan kali ini, Encik Lee berkata para menteri telah meminta beliau sedikit masa untuk memilih pengganti selepas Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat mengumumkan keputusannya untuk mengundurkan diri.



Masa diperlukan untuk membuat keputusan kerana Covid-19 sedang menular pada masa itu, tambah Encik Lee.



Dengan keadaan Covid-19 kini lebih terkawal, Encik Lee berkata sudah tiba masanya pemilihan tersebut dibuat.



"Saya putuskan perkara ini tidak boleh dilengahkan lagi. Masa sedang berlalu, kami perlu menyelesaikan perkara ini, ketidaktentuan ini tidak baik,'' katanya.



Sidang akhbar itu turut dihadiri Encik Khaw, yang merupakan mantan menteri kabinet dan mantan pengerusi PAP, dan Menteri Kewangan Encik Lawrence Wong.



Khamis lalu, Encik Wong telah dipilih untuk menjadi ketua pasukan 4G PAP, sekali gus membuka laluan untuknya menjadi perdana menteri Singapura seterusnya.



Menurut Encik Lee, memandangkan Covid-19 kini terkawal, beliau telah memberitahu barisan menteri dan konvensyen parti itu pada akhir tahun lalu agar pemilihan tersebut dihuraikan.



Perbincangan kemudian dilakukan dalam kalangan beberapa menteri untuk mencari cara yang baik, sistematik dan menyeluruh.



Encik Lee berkata beliau mahu proses tersebut dilakukan secara berterus terang, dengan introspeksi dan objektiviti, dan 'hampir dengan keadaan fikiran yang tenang (zen)'.



Ia juga tidak seharusnya menjejas hubungan dan kepercayaan dalam kalangan pasukan.



"Orang mesti boleh bercakap dengan jujur, untuk menyatakan pandangan mereka tentang kekuatan dan kelemahan calon berpotensi yang berbeza, dan bercakap terus terang, apa yang mereka bimbang, apa yang mereka rasa selesa, siapa yang mereka ingin sokong, tetapi lakukannya supaya pandangan dapat disatukan,'' kata beliau.



Dengan cara itu, perbezaan pandangan boleh disuarakan dan ditangani tanpa menjadikannya satu persoalan peribadi.



Pemilihan terbaik pula dibuat dengan memikirkan masa depan Singapura dan mengetepikan keutamaan peribadi, cita-cita dan berat sebelah.



"Kami merasakan bahawa cara yang lebih sistematik untuk melakukan ini, daripada semua duduk dan kemudian kami menganggukkan kepala kami dengan sopan, adalah dengan mengadakan satu proses dan kami membuat kesimpulan bahawa Encik Khaw Boon Wan adalah orang yang terbaik untuk memimpin proses itu,'' katanya.



Encik Lee berkata beliau telah meminta Encik Khaw untuk memikul tanggungjawab tersebut.



Encik Khaw pula sedar ia sesuatu tanggungjawab yang sangat berat dan tidak boleh ditolak.



Encik Khaw kemudian telah bertemu dengan setiap menteri secara individu kecuali Encik Lee dan kededua Menteri Kanan.



Turut ditemui adalah Speaker Parlimen Encik Tan Chuan-Jin dan Setiausaha Agung NTUC Encik Ng Chee Meng, kededuanya mantan menteri 4G.



Proses tersebut diteruskan selepas Belanjawan dan mengambil masa kira-kira sebulan.



"Saya fikir ini adalah cara yang berbeza untuk melakukannya, ia berkesan. Lain kali, kita perlu melihat bagaimana kita boleh lakukannya, sama ada kita melakukannya dengan cara ini atau kita boleh memperbaikinya lagi.



"Tetapi saya fikir kita ambil satu langkah pada satu masa, dan ia telah berfungsi dengan baik untuk kita,'' katanya.




"Orang mesti boleh bercakap dengan jujur, untuk menyatakan pandangan mereka tentang kekuatan dan kelemahan calon berpotensi yang berbeza, dan bercakap terus terang, apa yang mereka bimbang, apa yang mereka rasa selesa, siapa yang mereka ingin sokong, tetapi lakukannya supaya pandangan dapat disatukan."
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >