Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Proses rapi mengesah makanan halal

Asal usul, spesies, sistem pengeluaran dan kaedah memproses makanan diambil kira
Mar 24, 2019 | 05:30 AM



RANGKAIAN makanan halal bermula dari ladang ke meja makan.



Halal merangkumi asal usul, spesies, sistem pengeluaran dan kaedah memproses makanan.



Semua sifat ini tidak dapat dilihat dan tidak boleh disahkan pengguna atau konsumer sebelum membeli. Menerusi sains dan teknologi, menentukan kesahihan halal bagi sesuatu produk makanan melalui teknik analitikal boleh dilakukan.



Misalnya, mengira kandungan alkohol dalam sesuatu minuman boleh dilakukan dengan menggunakan kromotografi gas, sementara kewujudan khinzir, lemak babi atau plasma darah boleh dikesan menerusi reaksi rangkaian 'polymerase', Fourier mengubah spektroskopi inframera, dan teknik assay immunosorbent berkaitan enzim



Malangnya, ujian makmal mempunyai had. Kebanyakan bantuan pemprosesan di tahap lebih rendah daripada ujian tradisional yang boleh mengesan.



Bantuan pemprosesan merujuk pada bahan-bahan yang ditambah semasa memproses makanan sebelum ia dibungkus.



Ini termasuk pelincir yang digunakan pada peralatan dan agen yang membantu mengupas kulit buah-buahan dan sayur-sayuran, ada yang mungkin tidak halal kerana ia mengandungi lemak babi atau lemak binatang.



PENGESAHAN MAKANAN HALAL



Ujian analitikal juga bukan bukti kaedah pengesahan sepenuhnya, selain ia mahal dan mengambil masa lama kerana ia tidak boleh menentukan jika daging itu disembelih secara halal, ini sebagai satu kriteria halal yang kritikal, misalnya.



Label produk memberi sumber maklumat yang baik kepada konsumer tentang bahan-bahan yang digunakan dalam makanan.



Di Singapura, kekerapan penggunaan label makanan adalah tinggi di kalangan pembeli di pasar raya.



Dengan beribu bahan dan pengawet digunakan dalam industri makanan, kebanyakan makanan dilabel dalam kod mengelirukan (seperti E322, E471, E476) atau nama-nama kimia (seperti Methyl p-hydroxybenzoate, Isobutyl cinnamate, Xanthan gum), membuat status halal bagi sesuatu produk makanan sukar diketahui.



Tambahan pula bukan semua kompaun yang digunakan dalam pemprosesan makanan dilabel. Kebanyakan bantuan pemproesan tidak perlu tampil di label bahan produk kerana ia bukan sebahagian daripada bahan-bahan produk yang dihasilkan akhirnya.



Kurang pemahaman dan maklumat tentang bagaimana sesuatu produk dibuat dengan hanya membaca label makanan menimbulkan keraguan dan dielak oleh orang Islam yang memilih menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan haram.



PENSIJILAN HALAL



Konsumer Islam bergantung kepada sijil halal atau tanda pensijilan sebagai simbol jaminan bahawa sesuatu produk itu halal.



Pensijilan halal ditakrif sebagai satu "dokumen yang diberikan sebuah persatuan Islam yang mengesahkan bahawa produk- produk yang tersenarai memenuhi garis panduan pemakanan Islam".



Ia telah menunjukkan bahawa produk- produk yang disahkan halal mencipta jaminan lebih besar buat orang Islam. Ini hasilkan daripada pemeriksaan ketat oleh auditor bebas yang terlibat dalam proses-proses berikut:



  • Penyertaan permohonan baru/atau diperbaharui oleh syarikat.

  • Semakan permohonan oleh sebuah badan pensijilan halal berdikari, terutama jenis produk/perkhidmatan dan bahan-bahan yang digunakan.

  • Pemeriksaan akaun di premis. Ini termasuk mewawancara kakitangan, menyemak aliran kerja, menyemak bahan-bahan, mengesah dokumen, akses untuk ujian produk dan mungkin percampuran.

Bagi rumah sembelihan, pemeriksaan merangkumi semakan di daerah-daerah meletak binatang, cara 'stunning' atau pelalian digunakan semasa penyembelihan, penyembelihan, pengendalian sebelum dan sesudah sembelih dan lain-lain lagi;



  • Pengesahan pensijilan.

  • Pemberian sijil halal/tanda sijil.

Berbanding label produk, tanda halal lebih jelas menunjukkan makanan yang dibolehkan berbanding membaca senarai bahan-bahan yang panjang dan rumit dalam label produk.



Ia juga memberi ketenteraman pada minda konsumer yang mungkin dibanjiri dengan pelbagai pendapat berbeza tentang interpretasi halal di kalangan mazhab (pemikiran tentang Islam) dan persatuan Islam sedunia.



Misalnya, produk makanan yang telah menjalani istihalah seperti cuka, gelatin, alkohol industrial dan tapai tergolong sebagai halal oleh sekumpulan ulama termasuk Maliki, al-Syawkani, Hanafi dan Ibn Hazm al-Zahiri - jika kededua perubahan semula jadi dan sintetik (iaitu dengan campuran manusia) terlibat.



(Istihalah membawa maksud melengkapkan transformasi sifat fizikal dan kimia sesuatu bahan yang mengakibatkan sesuatu produk lain tidak mempunyai persamaan fisiokimia pada bahan asal).



Sebaliknya, kumpulan ulama kedua (Hambali dan Syafi'i) menerima produk makanan jika mereka hanya melalui perubahan semula jadi.



Pendapat lain yang berbeza tentang makanan halal termasuk had ethanol yang dibolehkan dalam perisa makanan, membolehkan penyembelihan mekanikal dan 'stunning' binatang.



Logo halal membolehkan seseorang mengenal pasti persatuan yang mengesahkan sesuatu produk, lalu membolehkan seorang individu memilih hanya produk yang disahkan oleh mereka yang memegang mazhab sama atau seseorang yang mempunyai kepercayaan sama.



PENDORONG PERMINTAAN PENSIJILAN HALAL



Walaupun berasal dari negara minoriti Islam, pensijilan halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dikenal pasti dalam pasaran utama seperti Brunei, Indonesia, Malaysia dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) menerusi MABIMS (Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura) dan GCC-Perjanjian Dagangan Bebas Singapura.



Program pensijilan halal Muis telah melalui empat fasa evolusi:



  • Permulaan (1978 hingga 1989); Asas Pembangunan (1990 hingga 1999).

  • Mengatasi Permintaan (2000 hingga 2009) dan Mengekalkan Pertumbuhan (mulai 2010).

Landskap halal di Singapura telah melalui perubahan penting selama bertahun-tahun.



Sementara sijil halal tidak wajib, jumlah sijil yang diberikan sejak tahun-tahun lalu telah meningkat daripada hanya 100 pada awal 1980-an kepada melebihi 50,000 pada 2017.



Permintaan halal yang meningkat dikaitkan kepada tiga faktor utama iaitu globalisasi sistem makanan, kesedaran agama yang meningkat dan potensi pertumbuhan industri halal.



Dalam segmen berikut, saya akan menjelaskan kuasa-kuasa dorongan ini serta usaha Muis dalam mengurus pasaran yang kian meningkat menerusi dua objektif strategik:



(i) memudahkan permintaan pensijilan halal; dan



(ii) mengukuhkan pematuhan dalam industri halal. Ini ditunjukkan menerusi pelbagai perundangan, perubahan berstruktur dan sistem- sistem yang dilakukan Muis.




  • Penulis Pengarah Pembangunan Industri dan Dasar Aset Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). Sebahagian rencana ini dipetik daripada artikel 'Managing Demand Growth For Halal Food' (Mengurus Pertumbuhan Permintaan Makanan Halal) dari buku 'Fulfilling The Trust: 50 Years of Shaping Muslim Religious Life in Singapore (Memenuhi Amanah: 50 Tahun Membentuk Kehidupan Beragama Islam di Singapura).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >