Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Proses tauliah ARS pastikan asatizah tidak berpandangan radikal

Feb 13, 2019 | 05:30 AM



PROSES-PROSES telah dilaksanakan untuk memastikan asatizah yang berdaftar di bawah Skim Pengikitarafan Asatizah (ARS) tidak berpegang pada pandangan radikal, malah melaksanakan peranan yang dipertanggungjawabkan masyarakat ke atas mereka.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, memberi jaminan tersebut di Parlimen semalam dalam jawapannya kepada pertanyaan yang diajukan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Encik Abbas Ali Mohamed Irshad.



"ARS memerlukan semua guru agama Islam atau asatizah mematuhi Kod Etika.



"Ini termasuk tidak menggalak ekstremisme atau keganasan, memburukkan kumpulan agama atau budaya lain, melakukan salah laku etika dan menggalak amalan memecah-belah," kata Encik Masagos.



Menyentuh kes bekas guru agama Murad Mohd Said yang dikenakan Perintah Sekatan (RO) pada Disember lalu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana berpegang pada pandangan radikal yang menggalak keganasan dan boleh memecah-belahkan masyarakat serta dibatalkan pengiktirafannya di bawah ARS, beliau berkata:



"Ini adalah cara bagaimana sistem ARS harus berfungsi. Ia memantau dan mengambil tindakan untuk mencegah mereka yang berpegang pada pandangan yang memudaratkan perpaduan sosial daripada berceramah."



Dalam pada itu, Encik Masagos mengatakan bahawa pendaftaran ARS dipandang serius oleh Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB), yang menyelia ARS, dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Beberapa proses telah dilaksanakan untuk memastikan asatizah yang berdaftar di bawah ARS menjalankan tanggungjawab yang telah diletakkan masyarakat ke atas mereka sebagai guru agama.



Proses itu termasuk mempunyai tempoh pemerhatian sementara dan mengadakan temu ramah tambahan jika dianggap perlu oleh pihak ARB.



Setiap asatizah juga diperlukan memperbaharui pendaftaran ARS mereka setiap tiga tahun.



Di samping itu, mereka juga perlu menjalani latihan secara kerap dan kesesuaian mereka sebagai asatizah disemak secara berkala.



Jika mereka dianggap tidak sesuai sebagai asatizah, misalnya jika mereka melanggar Kod Etika, atau terdapat aduan terhadap mereka, status ARS mereka akan dibatalkan, jelas Encik Masagos.



Menjawab pertanyaan Encik Zainal Sapari (GRC Pasir Ris-Punggol) yang menyentuh isu pentauliahan seseorang asatizah ditarik balik, Encik Masagos berkata:



"Bukan mudah bagi seseorang asatizah hilang pentauliahannya. Dia mesti telah melakukan sesuatu yang sangat salah yang mengakibatkan penarikan balik itu.



"Oleh yang demikian, proses memberi pentauliahan tersebut juga tidak terlalu mudah... ARB dan Muis akan melihat bagaimana kita boleh membawa mereka kembali untuk memastikan mereka tidak terpesong."



Sementara itu, Profesor Fatimah Lateef (GRC Marine Parade) telah menyuarakan pendapatnya untuk mewajibkan temu ramah secara bersemuka sebelum memberi pentauliahan ARS kepada asatizah.



Buat masa ini, temu ramah secara bersemuka sedemikian tidak wajib dan diadakan secara ad hoc (tanpa perancangan awal) dan bergantung pada kes.



"Temu ramah diadakan secara ad hoc kerana sesetengah asatizah berasal daripada institusi yang tidak dikenali dan memerlukan lebih banyak perhatian bagi ARB membuat pertimbangan sewajarnya untuk mendaftarkannya.



"Bagi mereka yang datang daripada institusi mapan, kami tidak terlalu risau, tetapi kami tetap memantau mereka dan memastikan kami berpuas hati mereka tidak merosakkan nama institusi mereka itu dengan mengajar ajaran yang memecah-belah," kata Encik Masagos.



Secara keseluruhan, Encik Masagos berkata sokongan yang diberikan asatizah kepada ARS "membayangkan iltizam mereka mematuhi Kod Etika yang dibentuk berdasarkan nilai Islam yang teguh, progresif dan menganjurkan kesederhanaan".



"Ini amat penting dalam memupuk keharmonian agama dalam masyarakat Singapura yang berbilang agama," tambah beliau.




"Saya berterima kasih kepada golongan asatizah kita atas kerja keras mereka dalam melaksanakan ARS... Sokongan ARS oleh asatizah membayangkan iltizam mereka mematuhi Kod Etika yang dibentuk berdasarkan nilai Islam yang teguh, progresif dan menganjurkan kesederhanaan. Ini amat penting dalam memupuk keharmonian agama dalam masyarakat Singapura yang berbilang agama."
- Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >