Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Prospek pekerjaan, gaji siswa SIT setanding lulusan varsiti tempatan lain

Oct 16, 2015 | 12:13 PM



LULUSAN Institut Teknologi Singapura (SIT) menikmati prospek pekerjaan dan gaji setanding siswazah universiti lain di sini.


Demikian dapatan kaji selidik pekerjaan siswazah pertama universiti berusia enam tahun itu yang dikeluarkan pada Khamis (15 Okt).


Kebanyakan siswazah SIT juga mendapat pekerjaan dalam bidang latihan mereka.


Hampir 92 peratus siswazah SIT mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat kursus ijazah mereka.


Ini lebih tinggi daripada kadar 90 peratus bagi lulusan universiti lain di sini, yang mengeluarkan dapatan kaji selidik tahunan mereka pada Februari.


Gaji median kasar siswazah SIT yang bekerja sepenuh masa ialah $3,000 - $200 lebih rendah daripada jumlah yang dilaporkan oleh National University of Singapore (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Pengurusan Singapura (SMU).


SIT berkata gaji bermula lulusannya berbeza mengikut industri. Sebagai contoh, siswazah reka bentuk dalaman dan seni masakan mempunyai gaji permulaan lebih rendah daripada yang lain.


Namun apabila lebih berpengalaman, mereka dapat mengejar rakan-rakan mereka dari segi gaji, katanya.


Bagaimanapun, universiti itu menyatakan gaji lulusannya dalam bidang tertentu setanding rakan mereka dari universiti lain.


Sebagai contoh, siswazah kejururawatan mendapat gaji media bulanan kasar kira-kira $3,500, sama seperti lulusan kejururawatan NUS, dan gaji median bulanan kasar siswazah kejuruteraan mekanikal sebanyak $3,200 hampir sama dengan rakan mereka yang mempunyai kelayakan sama dari NTU.


Kaji selidik itu juga menunjukkan majoriti lulusan SIT - 87 peratus - bekerja dalam pekerjaan berkaitan dengan bidang pengajian mereka.


Hampir 100 peratus daripada lulusan ijazah teknologi maklumat (IT) serta sain kesihatan dan sosial bekerja dalam industri bidang latihan mereka.


Daripada 1,212 pelajar SIT yang lulus tahun lalu, 1,006 menyertai kajian dari Mac hingga Mei lepas itu.


Mereka lulus dengan ijazah daripada institut luar negara yang menjadi rakan SIT, termasuk Universiti Teknikal Munich, Institut Teknologi Digipen, dan Institut Memasak Amerika.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >