Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Protokol 2 rawatan bagi bayi mula diperluas

Mar 25, 2022 | 05:30 AM



BAYI dan kanak-kanak berusia 12 bulan hingga dua tahun tidak lama lagi akan dibenarkan pulih di rumah atau di bawah jagaan doktor utama atau pakar pediatrik mereka, jika mereka dijangkiti Covid-19.



Langkah memperluaskan Protokol 2 Covid-19 untuk merangkumi kanak-kanak dalam kumpulan usia lebih muda ini akan berkuat kuasa mulai hari ini, kata Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) Covid-19 dalam satu sidang media maya semalam.



Ini bermakna kanak-kanak dalam kategori umur itu yang diuji positif Covid-19 akan diuruskan secara automatik di bawah Protokol 2, yang digunakan bagi pesakit Covid-19 yang tidak menunjukkan gejala, atau hanya mengalami gejala ringan.



Kementerian Kesihatan (MOH) sebelum ini membenarkan pesakit berusia tiga tahun hingga 69 tahun pulih di rumah di bawah protokol tersebut, tanpa mengira status vaksinasi, berdasarkan penilaian sebahagian besar individu dalam kumpulan umur ini boleh pulih sendiri dengan selamat.



Mengumumkan langkah memperluaskan protokol itu semalam, kementerian itu dalam satu kenyataan berkata data klinikal yang dikumpul di Singapura semasa gelombang Omicron juga menunjukkan bahawa kebanyakan kanak-kanak dalam kumpulan umur 12 bulan hingga dua tahun juga mengalami simptom ringan dan pulih dengan baik dalam masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >