Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN: KENYATAAN MENTERI MENGENAI RESPONS SELURUH PEMERINTAH TERHADAP COVID-19

Protokol jagaan kesihatan diubah sedang kadar vaksinasi meningkat: Ye Kung

Jul 27, 2021 | 05:30 AM



DENGAN kadar vaksinasi sekarang, Singapura telah mula mengambil langkah peralihan bagi menyusun semula model protokol jagaan kesihatan, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung.



Antara langkah diambil sejak minggu lalu ialah individu berusia antara 45 dengan 59 tahun sudah divaksin yang diuji positif Covid-19 dan menunjukkan gejala sederhana atau tiada gejala akan dimasukkan terus ke kemudahan jagaan masyarakat dan bukan hospital.



Ini sudah dilakukan bagi kes mereka berusia antara 17 dengan 45 tahun.



Semasa membentangkan satu kenyataan menteri di Parlimen semalam, Encik Ong berkata: "Sedang kita belajar hidup dengan Covid-19, protokol jagaan kesihatan harus disusun semula. Jika Covid-19 benar-benar menjadi endemik, jumlah kes mencecah 200 atau lebih sehari mungkin bukan sesuatu luar biasa."



Oleh itu, Encik Ong berkata protokol sekarang, yang mengganggu kehidupan orang ramai dan boleh membebankan sistem penjagaan kesihatan, tidak boleh diteruskan.



"Ia harus beralih kepada cara kita merawat demam selsema sekarang, tanpa penjejakan kontak meluas dan kuarantin di kemudahan khusus serta memasukkan hanya mereka yang sangat sakit ke hospital," ujar beliau.



Dengan memasukkan lebih ramai pesakit sudah divaksin ke kemudahan jagaan masyarakat dan bukan hospital, Encik Ong meramalkan hingga 60 peratus kes jangkitan Covid-19 akan pulih di kemudahan jagaan masyarakat berbanding jagaan akut.



"Dalam pada itu, kami akan merancang langkah seterusnya, mungkin 80 peratus akan dimasukkan ke kemudahan jagaan masyarakat dan ada juga boleh pulih di rumah," ujar Encik Ong.



Selain itu, tempoh penginapan di hospital dan kemudahan jagaan masyarakat telah dipendekkan.



Menurut Encik Ong, ujian menunjukkan kadar virus dalam diri orang dijangkiti yang sudah divaksin sepenuhnya merosot mendadak kepada kadar amat rendah selepas sembilan hari.



Sebelum ini, sebilangan besar orang dibenarkan keluar hospital hanya selepas 21 hari.



"Kami kini membenarkan mereka yang sudah divaksin sepenuhnya pulang selepas pengasingan setelah 14 hari dari jangkitan, dengan cuti ketiadaan selama tujuh hari, selagi ujian mereka menunjukkan yang mereka negatif Covid-19 atau mempunyai kadar virus sangat rendah," jelas Encik Ong.



"Kami akan menyemak semula selanjutnya dasar kita untuk membenarkan pesakit yang divaksin sepenuhnya dibenarkan pulang lebih awal dan menyelesaikan baki tempoh pengasingan di rumah, jika sekitaran rumah mereka sesuai."



Satu lagi langkah yang telah diambil ialah memanfaatkan lebih baik kuarantin di rumah, kata Encik Ong.



Bagi yang sudah divaksin sepenuhnya di bawah kuarantin, mereka kini boleh menjalani kuarantin di rumah dan tidak perlu di kemudahan kuarantin pemerintah, dengan syarat rumah mereka sesuai bagi pengasingan.



"Kami menjangka hingga 40 peratus orang yang dikuarantin boleh menjalani kuarantin di rumah dan ia akan meningkat melebihi 50 peratus menjelang beberapa minggu mendatang sedang lebih ramai orang divaksin," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >