Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PSBA tawar tuisyen GCE 'N', 'O' percuma bagi yang kurang mampu

Inisiatif dijalankan dengan kerjasama Yayasan Mendaki dan dua pertubuhan khidmat sosial
Aug 14, 2021 | 05:30 AM



PSB Academy (PSBA) telah melancarkan program tuisyen percuma bagi golongan belia kurang berkemampuan, yang akan menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'N' dan 'O' tahun ini.



Untuk program itu, yang merupakan sebahagian daripada Inisiatif Masa Depan Bersama 2021, PSBA telah memperuntukkan sebanyak $100,000 untuk mengajar belia yang akan menduduki peperiksaan nasional itu tahun ini.



Badan bantu diri Yayasan Mendaki dan pertubuhan khidmat sosial Impart Singapore dan Persatuan Starfish Singapore telah bekerjasama dengan PSBA bagi inisiatif tuisyen mingguan ini.



Pensyarah daripada Sekolah Pengajian Asas PSBA dan Sekolah Sains Fizikal dan Kehidupan, akan mengajar belia selama tiga sejam setiap hari Sabtu bermula hari ini.



Antara subjek yang ditawarkan termasuk bahasa Inggeris, Matematik asas, Biologi dan Kimia.



Sesi mengulangkaji secara intensif selama lima minggu itu dijalankan di kampus bandar PSBA di Marina Square, dan bertujuan untuk mempersiap pelajar bagi peperiksaan nasional dan memastikan mereka bersedia secara akademik untuk menduduki peperiksaan tersebut.



Para pensyarah mempunyai pengalaman meluas mengajar kursus Sijil Pendidikan Menengah Am Antarabangsa (IGCSE), sama seperti peperiksaan GCE peringkat 'O', sejak 2019.



Ketua Pegawai Eksekutif PSBA, Encik Derrick Chang berkata:



"Pendidikan merupakan asas kepada mobilliti sosial. Kami percaya dengan sokongan yang sewajarnya dan asas yang kukuh dalam pendidikan, setiap belia boleh mencapai potensi tertingginya, tidak kira keadaan atau latar belakang keluarga."



Penolong pensyarah Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi PSBA, Encik Syafiq Shahul berkata pihaknya gembira dapat bekerjasama dengan beberapa pertubuhan untuk melanjutkan program itu kepada penerima mereka.



"Kami mengharapkan menerusi inisiatif ini, para pelajar kita akan lebih yakin dalam menjawab soalan kertas peperiksaan nasional tahun ini," katanya yang turut mengalu-alukan kerjasama pertubuhan lain.



Menyambut baik usaha tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah berharap ramai pelajar memanfaatkan inisiatif ini sepenuhnya.



"Kami menggesa pelajar yang memerlukan bantuan dalam peperiksaan GCE peringkat 'N' dan 'O' tahun ini agar merebut peluang ini yang diajar pensyarah berpenglaman daripada PSB Academy," ujarnya.



Belia yang berminat masih boleh mendaftar bagi program ini. Anda boleh melungsuri laman www.psb-academy.edu.sg/future-together-tuition untuk mengetahui lebih lanjut tentang kriteria kelayakan.




"Pendidikan merupakan asas kepada mobilliti sosial. Kami percaya dengan sokongan yang sewajarnya dan asas yang kukuh dalam pendidikan, setiap belia boleh mencapai potensi tertingginya, tidak kira keadaan atau latar belakang keluarga."
- Ketua Pegawai Eksekutif PSBA, Encik Derrick Chang.



"Kami menggesa pelajar yang memerlukan bantuan dalam peperiksaan GCE peringkat 'N' dan 'O' tahun ini agar merebut peluang ini yang diajar pensyarah berpenglaman daripada PSB Academy."
- Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >