Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PSD akan sedia sistem urus maklum balas digital

Sep 15, 2022 | 05:30 AM



DIVISYEN Perkhidmatan Awam (PSD) akan mewujudkan sistem pengurusan maklum balas digital bagi seluruh pemerintah untuk menyediakan khidmat lebih baik buat warga, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing.



Sistem itu akan menetapkan maklumat yang perlu dirakam dan membantu menyampaikan rayuan yang dikemukakan Anggota Parlimen (AP) kepada agensi tertentu serta respons agensi itu kepada mereka.



"Kami berharap usaha pendigitalan ini boleh membantu kita mempertingkat respons kepada rayuan yang dikemukakan Anggota Parlimen," ujarnya.



Encik Chan berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada pertanyaan Parlimen Encik Murali Pillai (Bukit Batok) kelmarin tentang respons agensi pemerintah dan badan berkanun kepada rayuan yang dikemukakan AP bagi pihak penduduk di kawasan undi mereka.



Encik Chan berkata Perkhidmatan Awam mempunyai piawaian perkhidmatan seluruh pemerintah bagi respons kepada maklum balas awam termasuk respons kepada rayuan yang dikemukakan AP bagi pihak penduduk di kawasan undi mereka.



Tambahnya, garis panduan berhubung waktu yang diambil untuk memberi respons telah ditetapkan dengan mengambil kira jenis dan kerumitan komunikasi dan rayuan yang diterima.



Bagi pertanyaan dan maklum balas yang lebih jelas dan mudah, kementerian dan badan berkanun rata-rata perlu menyelesaikannya dan memberi respons dalam tempoh tiga hari bekerja.



Namun bagi isu rumit yang memerlukan penilaian lanjut dan pencarian fakta, beliau berkata agensi rata-ratanya perlu memberi respons dalam tiga minggu.



Encik Chan berkata agensi perlu memberi respons sementara jika mereka tidak boleh melakukan demikian dalam tempoh yang ditetapkan itu.



Jika huraian tidak dapat dicapai, agensi itu harus menerangkan mengapa isu tersebut perlu terus dikaji dan bersikap telus dengan pelan tindakan mereka, ujarnya.



"Kementerian dan badan berkanun bertanggungjawab memastikan bahawa respons dapat diberi tepat pada waktunya



"Oleh itu, setiap kementerian dan badan berkanun perlu melantik Pengurus Mutu Perkhidmatan (QSM) di peringkat kanan untuk memberi kepimpinan yang diperlukan dan mewujudkan sistem yang kukuh untuk memastikan rayuan dapat disemak dengan baik dan secukupnya dalam agensi itu," kata Encik Chan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >