Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PSD: Sekitar 23,000 pegawai awam bakal naik gaji antara 5-14% agar sejajar dengan pasaran

Jun 06, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 23,000 pegawai awam akan meraih manfaat daripada kenaikan gaji sebanyak antara 5 peratus dengan 14 peratus, menurut kenyataan Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) semalam.



Penyesuaian gaji itu yang akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos tahun ini, akan dilaksanakan bagi pegawai dalam skim generik Perkhidmatan Awam dan skim berkaitan.



"Penyesuaian ini akan membolehkan Perkhidmatan Awam untuk terus menarik dan mengekalkan jumlah bakat yang adil," jelas PSD.



Menurut kenyataan PSD, para pegawai dalam Skim Eksekutif Pengurusan (MXS), Skim Sokongan Pengurusan (MSS) dan Skim Sokongan Korporat (CSS) akan menerima kenaikan gaji di antara 5 peratus dengan 10 peratus, kata PSD.



Penyesuaian lebih tinggi dibuat bagi gred atau kategori yang mempunyai jurang lebih lebar dengan kayu ukur pasaran. Para pegawai dalam Skim Sokongan Operasi (OSS) akan menerima kenaikan lebih tinggi, antara 6 peratus dengan 14 peratus.



"Ini adalah sejajar dengan seruan oleh Kumpulan Kerja Tiga Pihak bagi Pekerja Bergaji Rendah untuk merangsang gaji golongan pekerja bergaji rendah," kata PSD.



"Selain daripada penyesuaian gaji ini, PSD telah bekerjasama dengan Gabungan Kesatuan Pekerja Awam untuk mereka semula pekerjaan pegawai OSS, memperbaiki kemajuan kerjaya dan meningkatkan produktiviti mereka bagi jangka panjang," tambahnya.



Menjelaskan lebih lanjut mengenai penyesuaian gaji itu, PSD berkata bahawa Perkhidmatan Awam menyemak semula gaji pegawai secara berkala dan menyesuaikannya "apabila perlu untuk mengikuti perkembangan, dan bukan mengetuai, pasaran".



Kali terakhir semakan ke atas skim generik Perkhidmatan Awam telah dibuat pada 2014.



Sejak itu, paras gaji dalam pasaran telah meningkat, jelas PSD.



"Pandemik telah menekankan pentingnya Perkhidmatan Awam yang kukuh.



"Perkhidmatan awam komited untuk terus menarik, membangunkan dan mengekalkan tenaga kerja yang bersedia untuk masa hadapan dan boleh terus memberikan yang terbaik untuk Singapura dan rakyat Singapura.



Selain daripada penyesuaian gaji, PSD menambah yang ia akan meneruskan langkah meningkatkan usaha menyediakan pegawai dengan peluang kerjaya yang bermakna di samping menyokong pertumbuhan dan pembangunan.



Ini termasuk giliran kerja yang teratur, latihan rasmi dan kerja projek.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >