PSI naik semula ke paras tidak sihat pada Isnin

LANGIT berjerebu semula di Singapura pada Isnin (28 Sep) apabila sekolah dibuka kembali setelah ditutup Jumaat lalu dek mutu udara tidak sihat.

Setelah keadaan agak baik pada hujung minggu, Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) 24 jam naik semula ke paras tidak sihat antara 126 dan 150 pada 12 tengah hari Isnin.

PSI tiga jam, yang tidak dikaitkan dengan nasihat sihat, meningkat kepada 164.

Menurut maklumat Agensi Sekitar Kebangsaan (NEA) pada 7 malam Ahad, PSI 24 jam sepanjang 24 jam seterusnya diramal berada pada paras rendah hingga pertengahan julat tidak sihat.

Keadaan boleh bertambah buruk jika jerebu lebih padat dari Sumatera ditiup angin ke sini, ujar NEA.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada petang Ahad, Kementerian Pendidikan (MOE) memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa sekolah telah melaksana satu set pelan pengurusan jerebu, dan dilengkapi pembersih udara dan ruang tertutup mencukupi untuk semua pelajar.

Langkah yang diambil termasuk mengurangkan kegiatan luar dan memastikan pelajar tidak sihat atau mempunyai masalah paru-paru atau jantung dikecualikan daripada semua latihan fizikal.

Maklumat yang dikemas kini boleh didapatkan di laman NEA dan lamak mikro jerebu, atau Facebook dan Twitter NEA, datau aplikasi myEnv.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28
3 HR PSI: 35
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.